Tuesday, June 16, 2009

Ballon Panas di Putrajaya



Pertunjukkan Ballon Panas di Putrajaya. Beautifull

Sunday, June 7, 2009

Sebuah Cerita Tentang Kebahagiaan

Suatu hari ada tiga sahabat sedang berjalan di sebuah kampung yang ramai penduduknya, dimana terdirinya rumah-rumah yang tersergam indah. Tempat tinggal orang kaya, tuan-tuan besar, orang-orang yang bergaji besar.

Ketika itu hari telah petang, matahari telah condong ke barat, cahaya shafak merah dari barat bergelutlah dengan cahaya letrik yang mulai menerangi jalan raya. Diatara pergelutan siang dengan malam itu beberapa orang duduk diperkarangan rumahnya bersama anak dan isterinya sambil membaca suratkhabr yang keluaran petang itu, ganti istirehat pulang dari pekerjaan. Di meja terletak beberapa cawan teh. Si ibu menyulam, anak-anak sedang bermain berkejar-kejaran dihamparan halam rumput karpet yang menghijau itu.

"Alangkah bahagianya orang-orang yang tinggal disini," kata salah seorang dari ketiga orang sahabat itu.
"Lihatlah keindahaan rumahnya bertikam dengan keindahan perkarangan, kecukupan perkakasnya bergelut dengan kepuasan hatinya, didekat rumah itu kelitan ada garaj kereta, tentu kereta model yang paling baru, gajinya tentu mencukupi untuk belanja dari bulan ke bulan malah lebih dari cukup," katanya lagi

Seorang diantara ketiga sahabat itu, demi mendengarkan perkataan kawannya itu menjawab: "Ah, jangan engkau terpedaya oleh kulit lahir, kerana dunia ini hanya lakonan, boleh jadi dibalik keindahan perkakas, dibalik senyuman dan tertawa itu ada kepahitan yang mereka tanggungkan, yang tidak diketahui oleh orang laon. Banyak orang uang tertawa sedang hatinya luka parah, banyak orang tertipu melihat cahaya panas terik diwaktu di tanah lapang yang luas disangkanya cahaya itu air, demi bila sampai disana hanya pasir belaka. Banyak sekali keaddan yang rahmat dipandang lahir tetapi pada batinnya laknat.

Tanya sahabat yang lain: "Kalau begitu apakah ertinya bahagia dan dimanakah batasnya?"

Jawab sahabat yang kedua:"Bahagia itu didapat oleh orang yang mempunyai kekayaan yang cukup, kerana jika ada kekayaan segala yang dimaksud tercapai. Orang kaya dimana dia tinggal , perkataannya didengar orang, salah-sala sedikit dimaafkan orang saja. Wang adalah laksana madu lebah, segala macam semut dan kumbang datang menghirup manisannya. Sengsara iala pada kemiskinan, meskipun benar perkataan yang keluar dari bibir kebenaran itu tidak akan tegak kerana tidak bertulang, Tulang punggung ialah harta."

Jawab sahabat yang lain pula:" Kemulian dan kebahagiaan itu pada nama yang masyhur dan sebutan yang harum, dijadikan orang buah mulut, terpuji ketengah dan ketepi. Itulah bahagia.....yang lebih berharga daripada harta benda, kerana kekayaan dunia tidaklah akan dibawa mati, tetapi 'nama baik' tetap diingat orang.

Dan tiba-tiba teringat akan mereka tentang seorang ahli syair bernama Hutaiah mensyairkan ertai kebahagiaan. Syairnya berbunyi demikian:

Menurut pendapatku, bukanlah kebahagiaan itu pada mengumpulkan harta benda tetapi taqwa akan Allah itulah dia bahagia.
Taqwa akan Allah itulah bekal yang sebaik-baiknya disimpan. Pada sisi Allah sahajalah kebahagiaan pada orang yang taqwa.

Dan sesungguhnya memperolehi ketaqwaan itulah bahagia yang tidak dapat dinyatakan oleh lidah tapi dinikmati oleh hati.

Monday, June 1, 2009

SIAPALAH AKU????

Kini aku bagaikan mengerti siapalah aku di mata mereka? Aku tidak bermakna apa-apa pada mereka setelah apa yang aku sedang alami ini.
Siapalah aku untuk diakui ada perhubungan persaudaraan setelah perniagaan yang selama ini aku usahakan jatuh?
Siapalah aku untuk diakui akan keberuntungan memliki aku sebagai sebahagian dalam ikatan kekeluargaan setelah aku tidak memiliki apa-apa???
Kini aku mengerti talian persaudaraan tidak bermakna apa-apa pun jika kita bukanlah sesiapa yang untuk dibanggakan.
Talian persaudaraan juga tidak membawa apa-apa makna pada kita jika kita tidak memiliki apa-apa pun. dan menyusahkan.
Kini aku mengerti bahawa aku kian jauh dari mereka kerana aku bukanlah sesiapa pun pada mereka.
Nun jauh disudut hati ada kalanya aku merindui masa-masa lalu yang indah disaat aku adalah seseorang dan memiliki sesuatu yang untuk dibanggakan.
Untuk mereka yang ku kenali anggaplah diri ini terlalu kerdil untuk diakui tentang kewujudannya tetapi aku berjanji bahawa aku akan menjadi seseorang untuk memperbetulkan keadaan diri ini. Kegagalan tidak bermakna aku terus gagal malah ia mengajar aku agar terus berusaha memperbaiki diri dan mengenali setiap manusia.
Terima kasih kerana menjauhkan diri dari aku.....dan terima kasih mak atas semua kata-kata mu yang berbaur kelukaan buatku kini menjadi bara yang akan membakar semangatku.

Tuesday, May 26, 2009

Dia Yang Mendewasakan Aku

Aku dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan normal oleh sepasang suami isteri yang normal. Tetapi apa yang telah mendewasakan aku adalah sebuah pengalaman kehidupan yang tidak dapat dipelajari dimana-mana tempat sekalipun. Ianya juga bukan boleh diwarisi tetapi hanya unuk dikongsi bercerita.

Semua orang memiliki dan mengalaminya tetapi cara yang berbeza. Pengalaman telah mendewasakan kita. Kita belajar kehidupan dari pengalaman. Tidak ada buku yang dapat kita menghirup pengalaman orang untuk dijadikan hak milik kekal tetapi....pengalaman itu dikutip dari apa yang kita lalui seharian.

Kita adalah kita dan pengalaman yang kita lalui inilah yang mendewasakan kita agar kita boleh menempuh segala cabaran dan dugaan. Kejayaan yang kita tempuhi ini adalah kerana banyaknya pengalaman hidup yang kita alami.

Jangan takut bila menempuhi kegagalan kerana pengalaman kegagalan itu selalunya melonjakkan kita keatas. Dan ingatlah segala apa yang kita lakukan ini hanya ALLAH yang memberikan keberkatanNya. Dia juga memberi ujian untuk kita mencari pengalaman hidup ini.
Berterimakasihlah kepadaNya kerana telah memberi peluang untuk kita mengutip sebanyak mana penagalaman yang kita inginkan dan dia jugalah mendewasakan fikiran kita untuk menjadi lebih tabah, berkeyakinan dan juga kekuatan untuk kita menempuhi jalan yang masih berliku dihadapan kita.

Mencari Cinta dalam Cinta

Aku bagaikan termanggu dalam diri
Mencari satu keajaiban
yang sentiasa berbisik dalam diri
mencari cinta yang menyelinap
ke pintu hatiku

Aku bagaikan termanggu dalam diri
mencari satu kehilangan
dari satu wajah cinta
ke wajah cinta yang lain
yang tiada seorang pun mengerti

Aku bagaikan membiarkan
semuanya itu berlalu pergi
bagaikan puing angin
yang hanya meninggalkan kesan
keresahan yang tiada penghujungnya

Aku bagaikan kebingungan
dalam mencari cinta dalam cinta
yang sampai kapan pun
aku tidak ketemu
kerana aku sendiri tidak mengenali
dan memilikinya

Tuesday, March 17, 2009

AKU JATUH CINTA

Untuk pertama kalinya aku tidak malu untuk menyatakan yang kini aku sedang jatuh cinta.
Cinta ini terlalu dalam sehingga ianya menusuk ke jantungku. Tiada bahasa yang dapat aku gambarkan cinta ini. Ianya seperti metafora yang ada kaitan antara satu sama yang lain.
Cinta ku ini Maha Agung. Aku rindu.....rindu padanya setiap masa dan setiap detik. Cinta ku ini tidak boleh dijual beli. Aku menemui cinta ku disaat usia menjangkau 40 an. Indahnya cinta ini.Cinta yang ku maksudkan ini adalah cinta ku pada Allah...cinta ku Rasul. Kekuatan cinta ku ini mengatasi cinta ku pada manusia. Namun aku juga manusia...hamba Allah yang diciptakan berpasang2an...aku harus menjalankan kewajiban dan cinta ku ini juga pada keluarga ku. Namun cinta ku yang satu ini tidak dapat mengatasi pada yang lain. Semuga Allah merestui cinta ini. Amin.