SAJAK PENDUSTA
dalam kesepian yang tak perlukan
sebarang kata
aku telah mendustai diri ku
dibawah naungan kebenaran
aku telah menguggah tiang
kesetiaan
Anina Sahal
Lembah Keramat
Sajak ini telah disiarkan dalam mingguan Famili 29hb Mei 1988
Monday, November 15, 2010
Sajak
Egois Seorang Lelaki
Kata kau......
kata seorang isteri jarang ada
kebenarannya
Kata kau lagi......
Amat sukar bagi seorang lelaki
Mendengar kata seorang isteri
Kata kau lagi......
Kata seorang isteri penuh dengan emosi
Terlalu sukar untuk difahami
Kerana itu ....
kau tidak mahu mendengar kataku
Kata ku ada kebenarannya
Kta ku tidak pernah dibohongi
perasaan
Kataku diperhalusi sedalam-dalamnya
Kataku ikut bicara alam
Kataku ikut kebenaran kata hati
Yang telah dianugerahi Illahi buat
seorang isteri
Namun.......
Egois mu menutup kebenaran ini
Egoismu melingkari seluruh bicara ini
Egoismu menafikan hak
kata seorang isteri
Dan...
Akhirnya egoismu
Berjaya membungkami mulutku
Dari terus berkata tentang
kebenarannya
Anina Sahal
Kajang
Sajak ini telah disiarkan dalam Majalah URTV 15 OGOS 2006
Kata kau......
kata seorang isteri jarang ada
kebenarannya
Kata kau lagi......
Amat sukar bagi seorang lelaki
Mendengar kata seorang isteri
Kata kau lagi......
Kata seorang isteri penuh dengan emosi
Terlalu sukar untuk difahami
Kerana itu ....
kau tidak mahu mendengar kataku
Kata ku ada kebenarannya
Kta ku tidak pernah dibohongi
perasaan
Kataku diperhalusi sedalam-dalamnya
Kataku ikut bicara alam
Kataku ikut kebenaran kata hati
Yang telah dianugerahi Illahi buat
seorang isteri
Namun.......
Egois mu menutup kebenaran ini
Egoismu melingkari seluruh bicara ini
Egoismu menafikan hak
kata seorang isteri
Dan...
Akhirnya egoismu
Berjaya membungkami mulutku
Dari terus berkata tentang
kebenarannya
Anina Sahal
Kajang
Sajak ini telah disiarkan dalam Majalah URTV 15 OGOS 2006
Thursday, November 11, 2010
KISAH TEMPAT TINGGAL IBLIS
dari petikan sebuah buku Himpunan Kisah-kisah Teladan:
Salah seorang sahabat, Anas bin Malik r.a. berkata "Iblis laknat telah bertanya kepada Allah S.W.T. antaranya ialah:-
Kata Iblis kepada Allah S.W.T. "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman yakni rumah untuk berzikir kepada mu, tunjukkanlah kepada ku tempat kediaman ku."
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai iblis tempat kediaman mu ialah di dalam bilik air (tandas)."
Iblis berkata " Ya Tuhanku , Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau). Di manakah tempat bagiku berkumpul?"
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Wahai Iblis , tempat untuk kamu berkumpul ialah di pasar-pasar dan pusat membeli belah, pesta-pesta, kelab-kelab malam, majlis maksiat,dan tempat-tempat hiburan.
Salah seorang sahabat, Anas bin Malik r.a. berkata "Iblis laknat telah bertanya kepada Allah S.W.T. antaranya ialah:-
Kata Iblis kepada Allah S.W.T. "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman yakni rumah untuk berzikir kepada mu, tunjukkanlah kepada ku tempat kediaman ku."
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai iblis tempat kediaman mu ialah di dalam bilik air (tandas)."
Iblis berkata " Ya Tuhanku , Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau). Di manakah tempat bagiku berkumpul?"
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Wahai Iblis , tempat untuk kamu berkumpul ialah di pasar-pasar dan pusat membeli belah, pesta-pesta, kelab-kelab malam, majlis maksiat,dan tempat-tempat hiburan.
Monday, October 25, 2010
How to Tips on Writing your First Novel | eHow.com
How to Tips on Writing your First Novel eHow.com: "How to Tips on Writing your First Novel
By Angela Pisaturo, eHow Member"
By Angela Pisaturo, eHow Member"
Wednesday, June 17, 2009
MEREKA YANG KU SAYANGI

Berkaca mata hitam dan berbaju hitam bagaikan berjanji pula keempat remaja ini. Dan yang paling seronok mengingatinya adalah mereka membesar bersama walaupun dari berbeza pangkatnya.
Dari kanan Sabri dia yang lahir dulu dari ketiga itu. Anak buah yang pertama dalam keluargaku. Aku yang menjaganya semasa kecil ketika kedua orang tuanya bekerja dan mempunyai masalah dalaman. Dan kini usianya menjangkau 23 tahun, bakal menjadi usahawan dan yang paling gembira dia akan berkahwin tak lama lagi dalam usia yang begitu muda kebimbangan juga bermain difikiran ku.....bimbang dia tidak dapat memikul tugasnya sebagai seorang suami namun kalau difikir balik biarlah dia kahwin dari berlaku yang tidak baik....walau apapun keputusannya aku tetap doakan yang terbaik untuknya dan semoga dia bahagia hingga akhir hayatnya.
Di sebelah Sabri adik perempuan ku yang bongsu, nakal dan manja. Dia hanya sempat merasakan kasih sayang ayahku sehingga umurnya tujuh tahun. Masih ku ingat lagi perubahan yang mendadak berlaku dalam hidupnya dan rupanya itulah petandanya dia bersama ayah menghabiskan masanya yang berbaki itu.
Ketika itu usianya baru menjangkau tujuh tahun dan sudahpun bersekolah darjah satu. Pada awal permulaan hari sekolah dia keadaaan baik tetapi di saat pertengahan sekolah adik ku berubah perangai. Dia akan menangis disekolah dan membuat kami terpaksa menunggunya sehingga sesi persekolahan habis .....kalau tidak dia akan lari pulang kerana sekolah itu dekat dengan rumah lebih kurang 100 meter jaraknya. Dia balik dia akan tidur memeluk ayahku. Puas emak memukulnya dan mengantungkan kakinya keatas, kesian sungguh aku tengok keadaannya ketika itu hendak menolong mak terlalu garang.
Dan apabila ayah dan mak pergi menunaikan haji aku yang menjaganya. Keletahnya kadang-kadang menghiburkan. Setelah ayah dan mak ke Mekah dia tidak buat perangai lagi. Dia pergi sekolah elok sahaja dan setelah mendengar berita kematian ayah di Mekah dia sikit pun tidak menangis, katanya Ayah berpesan jika ayah tiada lagi jangan nangis tau....dan semenjak itu dia tidak menangis lagi, kami yang menangis melihatnya. Tapi kini dia dah besar yang dia simpan barangan ayah adalah bantal peluk ayah kini menjadi bantal busuknya. Aku tetap doakan kebahagian adikku yang satu ini dan semoga dia mendapat seorang suami yang menyayanginya sepenuh hati dan tolonglah jangan lukakan hatinya yang kesepian kasih dari seorang lelaki.
Dan yang sebelah adikku itu adalah anakku Sufi. Kini bekerja di hotel bahagian kitchen....bakal menjadi chef yang terkenal dan bercita-cita serta mempunyai impian yang tinggi hendak menjadi seorang chef yang terkenal dan memiliki beberapa rangkain restoran. Mama akan doakan agar Sufi berjaya mencapai cita-cita dan impian itu dan berharap agar jika ingin berkahwin satu hari nanti carilah jodoh yang sesuai dan serasi dalam hidup kalau boleh biarlah dia juga mempunyai impian yang sama.
Dan yang terakhir sekali anak buahku adik kepada Sabri.....yang manja, dan pendiam. Aku pernah menjaga dia semasa kecil kuat menangis dan sering demam. Kini dia menjadi seorang gadis yang pemalu dan mempunyai cita-cita yang tinggi bakal menjadi graduan yang berjaya.
Walauapa pun aku tetap doakan kebahagian mereka yang pernah hadir dalam hidupku dan pernah menceriakan hidupku, keletah mereka semasa kecil masih ku simpan dan ku jadikan kenangan yang terindah. For all of you I wish you good luck and I always love you all....muaahhhh.
COCO DALAM KENANGAN
Coco seekor kuching yang bijak dan tidak pernah buat bising. Dia tidak pernah mengiau jika lapar cuma dia akan duduk di depan pingan makan sambil memandang kearah kami. Badannya yang besar bulunya yang tebal dan putih itu menjadi kuching kesayangan Sufi. Coco seekor kuching yang takutkan petir atau bunyi benda yang kuat dan pelik dia akan lari masuk bawah katil atau almari. Namun kini semuanya tinggal kenangan kerana dia mati dilanggar oleh kereta suamiku sendiri dipagi hari yang dingin. Pada hari kebiasaannya suamiku sebelum ketempat kerja dia akan memberikan Coco makan dulu tapi pada pagi itu dia terlewat dan terlupa untuk memberikan Coco makan. Dia tidak perasaan yang Coco mengikutnya dari belakang dan duduk dibelakang kereta, kerana sudah terlewat suamiku terus mengundurkan keretanya dengan laju dan tiba-tiba dia terhenti kerana terasa bagaikan telah melanggar sesuatu. Dia keluar dan dia mendapati yang dia telah melanggar Coco hingga kuat sehingga matanya tersembul keluar dan ketika itu aku sedang sembahyang Subuh. Hatiku berderau mendengar panggilan suamiku itu pastinya ada sesuatu yang buruk berlaku, sangka ku Jiji yang kemalangan kerana aku tidak mendengar suaranya mengiau lagi.
Segera aku kebawah dan keluar melihat apa yang berlaku. Oh! Tidak, ingin aku menangis bila melihat sekujur tubuh Coco terbaring didepan pagar rumah. Tidak sampai hati aku melihat tubuhnya yang kaku itu, lantas aku memanggil anak ku dan memaklumkan keadaan Coco padanya. Sufi terduduk melihat tubuh Coco yang tidak bernyawa lagi. Tiada kata yang dapat membayangkan perasaan sedihnya lagi. Cuma yang dapat ku katakan telah tiba masanya dia pergi dalam cara yang kita tidak sangkakan. Dan semenjak hari itu suamiku tidak lagi mengundurkan keretanya secara laju dan tergesa-gesa. Dia akan pastikan tidak ada seekor kuching dibawah keretanya. Dan kerana itu aku tidak lagi mempunyai kuching kesayangan ku setelah kematian Junior, kerana aku sudah rasakan betapa peritnya kehilangan sesuatu yang kita sayang....oleh itu hargailah setiap pemberian dan kehidupan kita dengan rasa bersyukur.
Dan kini yang hanya tinggal adalah Jiji kesepian.
Tuesday, June 16, 2009
BELLA DALAM KENANGAN

Cute! Itu yang dapat ku katakan. Kucing kesayangan suamiku ini telah dicuri orang ketika usianya menjangkau lapan bulan. Alangkah kejamnya manusia ini mencuri kucing hak orang.
Tidak terfikirkah mereka betapa banyak duit yang sudak dilaburkan untuk membeli makanannya yang bermutu, membawa ke klinik tat kala dia sakit.....dan lebih mengharukan bila didapati hilang dan kami mencari sehingga ke larut malam dan dingin hari. Tak terfikirkah mereka kesusahan kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)