Tuesday, May 26, 2009

Dia Yang Mendewasakan Aku

Aku dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan normal oleh sepasang suami isteri yang normal. Tetapi apa yang telah mendewasakan aku adalah sebuah pengalaman kehidupan yang tidak dapat dipelajari dimana-mana tempat sekalipun. Ianya juga bukan boleh diwarisi tetapi hanya unuk dikongsi bercerita.

Semua orang memiliki dan mengalaminya tetapi cara yang berbeza. Pengalaman telah mendewasakan kita. Kita belajar kehidupan dari pengalaman. Tidak ada buku yang dapat kita menghirup pengalaman orang untuk dijadikan hak milik kekal tetapi....pengalaman itu dikutip dari apa yang kita lalui seharian.

Kita adalah kita dan pengalaman yang kita lalui inilah yang mendewasakan kita agar kita boleh menempuh segala cabaran dan dugaan. Kejayaan yang kita tempuhi ini adalah kerana banyaknya pengalaman hidup yang kita alami.

Jangan takut bila menempuhi kegagalan kerana pengalaman kegagalan itu selalunya melonjakkan kita keatas. Dan ingatlah segala apa yang kita lakukan ini hanya ALLAH yang memberikan keberkatanNya. Dia juga memberi ujian untuk kita mencari pengalaman hidup ini.
Berterimakasihlah kepadaNya kerana telah memberi peluang untuk kita mengutip sebanyak mana penagalaman yang kita inginkan dan dia jugalah mendewasakan fikiran kita untuk menjadi lebih tabah, berkeyakinan dan juga kekuatan untuk kita menempuhi jalan yang masih berliku dihadapan kita.

Mencari Cinta dalam Cinta

Aku bagaikan termanggu dalam diri
Mencari satu keajaiban
yang sentiasa berbisik dalam diri
mencari cinta yang menyelinap
ke pintu hatiku

Aku bagaikan termanggu dalam diri
mencari satu kehilangan
dari satu wajah cinta
ke wajah cinta yang lain
yang tiada seorang pun mengerti

Aku bagaikan membiarkan
semuanya itu berlalu pergi
bagaikan puing angin
yang hanya meninggalkan kesan
keresahan yang tiada penghujungnya

Aku bagaikan kebingungan
dalam mencari cinta dalam cinta
yang sampai kapan pun
aku tidak ketemu
kerana aku sendiri tidak mengenali
dan memilikinya

Tuesday, March 17, 2009

AKU JATUH CINTA

Untuk pertama kalinya aku tidak malu untuk menyatakan yang kini aku sedang jatuh cinta.
Cinta ini terlalu dalam sehingga ianya menusuk ke jantungku. Tiada bahasa yang dapat aku gambarkan cinta ini. Ianya seperti metafora yang ada kaitan antara satu sama yang lain.
Cinta ku ini Maha Agung. Aku rindu.....rindu padanya setiap masa dan setiap detik. Cinta ku ini tidak boleh dijual beli. Aku menemui cinta ku disaat usia menjangkau 40 an. Indahnya cinta ini.Cinta yang ku maksudkan ini adalah cinta ku pada Allah...cinta ku Rasul. Kekuatan cinta ku ini mengatasi cinta ku pada manusia. Namun aku juga manusia...hamba Allah yang diciptakan berpasang2an...aku harus menjalankan kewajiban dan cinta ku ini juga pada keluarga ku. Namun cinta ku yang satu ini tidak dapat mengatasi pada yang lain. Semuga Allah merestui cinta ini. Amin.

Sunday, July 27, 2008

BERITA BAIK UNTUK KAUM WANITA

JAMU RAPAT WANGI

Traditional oral formulation especially for women.
Eliminates itchiness and irritation of the intimate area.
Helps to firm the breast, and flattens the stomach and regulate the period cycle.
Also suitable for mothers with new borns to help regain and maintain the figure.

Dosage : 3 capsule three times a day after meal.
Contents 100 capsule.

KEMUT AJAIB

This Jamu (traditional herbal medicine) can create very special throats of excitement when
having sexual intercourse. It gives something more than what is expected by a husband and remove juices in and tighten the vagina. It helps women recover their vigrous sexual drive.

DOSAGE
to be taken every morning, afternoon and night.


SARI KESAD

Jamu ini dapat merapatkan dan dalam masa yang sama dapat memberikan kesan denyutan yang sangat istimewa pada saat berlangsungnya hunungan suami isteri. Kepuasan yang sama sekali tidak dapat dibayangkan oleh kedua pihak . Membantu isteri leibh menikmati dan suami lebih mendalami.

Jamu ini hendaklah di ambil tiga serangakai untuk menambahkan kesannya.
Jika anda ingin membuat tempahan hubungi atau hantar pesanan dan pertanyaan anda pada email saya:
anina_sahal66@yahoo.com.my

P/S
Menjaga hubungan suami siteri itu adalah lebih baik dari kita menjaga hal peribadi orang lain. Intai-intailah dan pandang-pandanglah kemana arahnya mata dan hati mereka kerana hanya kita saja yang tahu tentang mereka dan jangan biarkan mereka(kaum lelaki ) membuka pekung didada mereka dalam menceritakan hal kelemahan kita kerana kita sebenarnya boleh membaiki kelemahan kita sendiri kerana itu fikir-fikirkanlah.

Monday, July 21, 2008

BUKU MOTIVASI CHEF LI

Ini bukan mengiklankan atau mempromosikan buku Chef Li. Dengan rasa senang hati dan rasa ikhlas dengan erti kata kejujuran yang sebenarnya saya amat tertarik dengan dua buah buku Chef Li yang pertama saya membaca buku berjudul Jalan menuju Kekayaan dan Orang Kaya Bertaqwa...buku-buku itu memang amat menarik sekali. Setiap jalan ceritanya mampu membawa saya ke alamnya. Terasa ingin menjadi seperti Chef Li yang dapat bertemu dengan orang yang alim ulamak. Bukan mudah untuk menjadi orang yang terpilih.

Setiap cerita dan petua-petua yang diberikan itu saya cuba mengamalkannya dan terus mengamalkannya supaya saya juga tergolong dalam orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diatas landasan yang benar. Cerita-cerita itu memberi tunjuk jalan kepada saya untuk menghadapi masalah perniagaan saya.

Saya kini mengumpulkan duit untuk membeli buku-buku motivasi Chef Li yang lain dengan harap saya akan terus diberi petunjuk dan ilmu yang berguna. Pada mereka yang masih tercari-cari ilmu untuk membimbing ke jalan kekayaan dan juga ketenangan saya sarankan belilah buku-buku motivasi ini.

MENCARI KETENANGAN DALAM KERESAHAN

Tat kala hati dirundung duka akibat musibah yang datang berturut-turut ini saya berada dalam kegelisahan yang panjang namun hati ini tetap terasa tenangnya walaupun diluar badai datang melanda dan bergelora. Malam tidur saya tetap nyenyak walau pada hakikatnya ianya bergelora . Di saat ini saya teringat peristiwa ketika saya berada di kelung memancing ikan di Lukut bersama suami dan kawan adik saya yang kesemuanya lelaki pada bulan Jun yang lalu. Saya yang gatal nak ikut kononnya nak cari pengalaman memancing ikan di tengah laut.

Itulah pertama kalinya saya ke kelung. Keadaan kelung itu tidak berapa cantik...ianya dibuat dari kayu dan berlandaskan batang konkrit yang utuh...kalau nak berjalan kena hati-hati sebab ada lantainya yang tidak berpaku.

Cuaca pada pagi itu mendung dan hujan gerimis sedikit. Di lewat tengah hari ada sedikit mentari yang bersinar. Acara memancing juga kian rancak...ikan todak paling banyak saya lihat tika itu...rasa geram melihat dia berenang di bawah sana namun pancing saya tidak mengena.
Saya mula rasa bosan memancing kerana asyik tidak mengena saja..umpan habis dimakan .
Di sini saya belajar bersabar...bagi saya tidak semestinya umpan yang kita beri semuanya di makan begitu juga dengan kehidupan ini dan juga dunia perniagaan ini.

Modal yang kita keluarkan tidak semestinya mendatangkan hasilnya. Saya perlu bersabar dan bersabar. Akhirnya mata kail saya terkena pada seekor ikan selar kuning. Saya ketawa kegembiraan kerana kesabaran saya akhirnya dapat juga. Saya belajar dari situ tentang erti kesabaran. Walaupun kecil tetapi ianya memberikan kegembiraan buat saya. Saya ingin menangkap lagi dan lagi dan akhirnya saya terlena di tepi kelung itu sehingga ke senja.

Malam itu kami makanberamai-ramai diatas daun pisang yang dibawa bekal oleh kawan adik saya berlaukkan sambal belacan hijau dan telur rebus serta maggi ianya menyelerakan. Itulah pertama kalinya saya bersama kaum lelaki dimana kaum hawa seorang pun tiada. Mujurlah kedatangan saya tidak pernah menyukarkan sesiapapun baik pada suami dan juga pada adik saya . Saya tahu membawa diri saya mengikut keadaan dan suasana.

Sedang saya lena tidur didalam bilik yang dibuat diatas kelung yang tak seberapa itu tiba-tiba saya terasa amat sejuk sekali....atap-atap zing terangkat-angkat ditiup angin kencang. Hujan mula turun dengan lebatnya. Bilik saya habis dibasahi hujan sehingga tiada tempat kering yang boleh saya duduk. Di bilik sebelah..kawan-kawan adik saya berzikir dan berdoa agar kami diselamatkan dari bencana ini. Saya mula terasa kesal mengikuti mereka...bermacam-macam pekara bermain difikiran saya....saya teringat anak saya yang berada di Miri ketika itu....saya tidak mahu terkorban ditengah laut. Lantai kelung mula bergoyang-goyang...hujan semakin lebat dan lebat saya kesejukan baju saya habis basah begitu juga dengan suami ,saya lihat adik saya keseorangan mengharungi hujan dalam melihat pancing kawan-kawannya. Saya benar-benar kesejukan . dalam hati tidak henti-henti berdoa pada Tuhan agar selamatkan kami...saya tidak mahu anak saya jadi anak yatim piatu...tika itu saya terfikir pula tentang adik saya dan kawan-kawannya yang lain mereka juga sudah berkeluarga malah anak masih kecil-kecil lagi pastinya kebimbangan mereka lagi kuat dari saya...tapi berbanding dengan saya kami pergi suami isteri lagi parah saya dari mereka.

Hujan semakin lama semakin lebat dan menakutkan dengan kilat berdentum disana sini dan ombak tinggi menggulungg dan masa itu pula saya teringat cerita-cerita kapal karam dan kapal yang dilanda ombak tinggi yang pernah saya tonton. Saya hampir merasai pengalaman itu . Ombak tinggi menggulung, angin kencang dan petir sambung menyambung ...lantai kelung bergoyang dan kami habis lencun. Saya mula rasa debaran itu ianya bukan imiginasi malah saya merasai dengan dunia yang nyata. Setelah sekian lama saya bertahan dalam kesejukan akhirnya hujan kian reda hari kian subuh dan saya bersyukur kerana kami semuanya selamat.

Dan kerana pengalaman yang saya lalui itu memberi pengajaran kepada saya...bahawa setiap badai yang datang ada surutnya. Ketabahan saya telah diuji diatas kelung itu dan saya gunakan ketabahan dan kesabaran saya untuk meneruskan hidup ini. Bagi saya setiap yang mendatang adalah ujian buat kita, cuma terserah pada kita untuk menghadapinya dengan cara bagaimana untuk kita mengatasinya. Kitalah yang mengemudikan bahtera kita, kerana itu menanganilah semua masalah biarlah dengan cara yang bijak agar kita memperolehi ketenangan.

Monday, June 16, 2008

TIPS DALAM MENDIDIK ANAK TUNGGAL

Baru-baru ini saya terbaca satu masalah didalam sebuah majalah mengenai masalah anak tunggal. Masalah ibu ini adalah dia tidak mengerti bagaimana hendak mendidik anak tunggalnya yang disayangi. Ibu ini terlalu sayang sehingga anak itu ditatang bagaikan minyak yang penuh. Serba-serbi si ibu ini lakukan untuk anakperempuannya baik dari segi makan minum serta pakaian sehinggalah pakaian dalam si ibu inilah uruskan. Malah dari segi pendidikan agama si ibu ini tidak beratkan. Terlalu sayang untuk mengejutkan sianak ini bangun mengerjakan sembahyang subuh...lantas dibiarkan tidur selama mana yang dia mahu. Disini banyak kesilapan demi kesilapan yang dilakukan. Andai terus dibiarkan anak perempuan akan mendatangkan seribu masalah pada dirinya , kedua orang tuanya dan kepada suaminya satu hari kelak.

Saya seorang ibu amat memahami dilema si ibu ini tadi. Saya juga memiliki seorang anak lelaki tunggal yang kini sudah pun berusia 19 tahun dan belajar di MIRI Sarawak selama 1 tahun. Ramai kawan-kawan saya respect dengan keputusan yang saya buat ini...iaitu menghantar anak saya belajar jauh di seberang lautan walaupun hanya dia seorang anak yang saya ada.

Sebenarnya anak saya dari kecil lagi saya tidak pernah memanjakannya. Jika dia salah saya pukul jika dia baik saya berikan pujian. Semua kerja saya ajar dia termasuk membasuh pakaian. menjemur kain, melipat kain memasak dan mengemas. Saya tidak mahu bila dia dewasa kelak dan berkahwin dia hanya menyusahkan pihak satu lagi iaitu isterinya. Dari segi agama saya didik dia mengaji dan sembahyang. Saya tekankan pada agama agar dia tidak dimalukan orang kelak dan siapalah yang akan membaca doa dan yassin untuk saya dan suami satu hari nanti.

Semua yang saya ajar adalah untuk kepentingannya. Sebenarnya itulah kasih sayang seorang ibu. Kenapa saya hantar anak saya jauh belajar di Miri? Sebab saya ingin dia belajar hidup berjauhan dari kami. Andainya satu hari nanti kami telah tiada dia sudah dapat menyesuaikan dirinya untuk menerima kenyataan ini.

Saya juga sering memberi kata-kata motivasi kepadanya jika dia berhadapan dengan masalahnya. Selalunya saya akan membiarkan dia menghadapi semua ini jika dia benar-benar tidak dapat menyelesaikannya barulah saya menolongnya.

Kini saya hampir tersenyum gembira, puas dan sayang kepadanya kerana anak saya mula pandai mengatur kehidupannya untuk menjadi insan yang berjaya. Tiada dalam kamus kehidupannya untuk gagal dalam hidup. Dia sudah mengenali dunia ini dan tahu membezakan yang mana satu buruk dan baik. Saya bersyukur kerana saya berjaya mendidik dia untuk menjadi seorang insan. Kalau dulu masih kecilnya dia seorang anak yang nakal dan hyperaktif sehingga ibu saya sendiri tidak mahu menjaganya...kalau dulu ibu saya bimbangkan pelajarannya kerana dia kelemahannya tapi kini ibu saya mula tersenyum kerana dia bakal melihat cucunya ini ingin menjadi seorang Chef yang profesional satu hari nanti.

Kesimpulannya disini janganlah kerana kita diberi hanya seorang anak kita menatang mereka bagaikan minyak yang penuh...sebenarnya cara kita itu nanti yang akan menyusahkan hidup mereka. Ajarlah mereka berdikari kerana kita tidak rugi dan mereka tidak merana. Ajarkan mereka pendidikan agama agar mereka ada pegangan dan pedoman yang dapat membentengkan diri mereka dari terus hanyut dilanda badai kehidupan ini. Seringkali memberi kata-kata motivasi pada mereka dan jadikan diri kita ibu,kawan, dan juga guru kepada mereka.
Seperti kata anak saya sempena hari ibu dan hari jadi saya yang lalu.....mamalah ibu , guru dan juga kawan ianya satu hubungan yang terlalu akrab. Sufi tak akan lupakanya sampai bila-bila.
Percayalah pendidikan itulah yang lebih penting dari kasih sayang yang melampau itu.