Hai,
Sudah lama tidak menulis didalam blog ini, kekangan masa selalu mencemburui kehadiran diri ke sini, namun begitu sempat mengambil kesempatan untuk berlari sejenak ke sini dan menulis bagi melepaskan rindu yang terbuku didalam hati.
Tahun 2012 telah pun pergi, banyak kenangan manis dan pahit telah pun berlalu. Namun rasa syukur kepada Allah kerana perjalanan 2012 berjalan begitu baik sekali. Tiada berlaku kemalangan dan juga pengalaman pahit seperti tahun yang sebelum ini. Sempat juga aku bermuhasabah diri tentang kehidupan ini. Pada mereka yang merasakan hidup ini amat mengecewakan ingin saya berkongsi cerita dengan anda.
Ambillah masa sejenak membaca cerita saya ini, mungkin cerita saya akan mengurangkan kesesakan didalam dada anda. Duduk dengan berlapang dada, menarik nafas sedalamnya dan hembuskan buatlah 3 kali. Baiklah, saya akan mula bercerita.
Ceritanya begini:
Dulu ketika umur saya 10 tahun dahulu, saya tak pernah mempunyai cita-cita. Bila cikgu bertanya dengan saya apakah cita-cita saya, saya termanggu seketika...akhirnya saya jawab saya nak jadi cikgu. Tetapi terus terang saya katakan saya tak tahu apa yang saya inginkan bila saya dewasa kelak. Saya biarkan masa terus berlalu, dan akhirnya saya tidak mempunyai cita-cita hingga tamat sekolah. Sebabnya kenapa saya jadi begini adalah kerana saya tidak diberi dorongan dan bimbingan oleh keluarga. Ibu bapa saya sibuk bekerja membanting tulang memastikan urusan perniagaan mereka berjalan dengan lancar, sehingga mereka mengabaikan saya anak kelima dari tujuh adik beradik ketika itu. Saya tidak dibenarkan kerja, kerana ayah tidak mempercayai saya kerana saya berbadan kecil comel. Saya tidak disuntik dengan kata-kata semangat oleh mereka sedangkan saya ingin juga berjaya dan mempunyai cita-cita. Ibu pula ketika itu tidak mementingkan pelajaran dan kerjaya saya, katanya apa guna saya belajar dan akhirnya saya ke dapur juga. Saya rasa sedih dan menangis, usia remaja saya penuh dengan kesepian, keseorangan dan ditemani dengan tangisan. Tiada siapa yang mendengar tangisan saya. Saya akhirnya sentiasa berkomunikasi dengan Allah setiap malam. Saya sembahyang Tahjudd dan mengaji setiap malam, saya menemui ketenangan diwaktu itu.
Akhirnya saya kahwin dengan seorang lelaki yg kini suami saya, ketika itu usianya sudah menjangkau 30 tahun. Bezanya dia dgn saya 9 tahun. Kalau dilihat pada ramalan manusia, saya dengan dia tidak akan kekal bahagia, Antara saya dengan dia banyak yang tiada persamaannya, dan sepanjang perkahwinan itu saya dan suami mengalami pelbagai rintangan yang ingin memisahkan kami. Tetapi saya tahu jika semuanya itu tidak akan berlaku jika Allah tidak memperkenankannya.
Sekali lagi hidup saya bergelumang dengan airmata. Pendapatan suami saya dahulu tidak sebesar mana, kami menumpang di rumah mak saya, dan entah beberapa kali saya dan suami dihalau keluar dari rumah mak. Saya pun tak tahu kenapa mak membenci saya dari dulu lagi, namun saya tidak pernah marahkan mak saya dan membenci dia. Nasib saya juga tidak baik bila ipar duai turut benci saya, mereka membuat fitnah ke atas saya dan meminta suami menceraikan saya. Airmata saya berjurai lagi. Dugaan Allah Maha Hebat buat saya yang bertubuh kecil ini. Apa salah saya tidaklah saya ketahui, apa yang tersirat di kepala saya adalah Allah ingin menguji ketabahan hati saya.
Suami saya memang baik dia tidak mendengar fitnah itu. Saya tetap dia sayangi. Namun dugaan lain pula datang, saya dimarahi pula oeh ibu mertua kerana hasutan ipar saya yang tidak sudah-sudah mencari pasal dengan saya. Saya dipulaukan oleh keluarga mentua sya dan suami saya pula bagaikan tak punya perasaan kerana dia juga seakan mengikut rentak keluarganya. Saya menangis lagi, hidup saya penuh dengan kesedihan. Saya hampir dilanggar kereta ketika saya mencari suami saya ditempat kerjanya kerana perbuatan ipar saya yang tidak dapat saya terima. Ketika itu saya sedang mengandung anak pertama. Saya menangis dan menangis. Saya tidak tahan hidup berkongsi rumah dengan mereka, Segala masakan saya untuk suami yang disimpan didalam almari makanan dikeluarkan dan dibiarkan lalat bertelur. Bila saya dan suami nak makan saya lihat telur lalat banyak dan akhirnya saya membuang semua makanan itu. Kejamkan.
Pakaian saya dalam washing machine habis dikeluarkannya sebelum sempat dicuci sepenuhnya. Saya hanya diam saja, suami juga tak berkata apa-apa kerana itu adik-beradiknya.
Kandungan saya mengalami masalah. Doktor meminta saya berehat panjang jika saya sayangkan baby itu. Saya kembali tinggal di rumah mak saya, tetapi keadaan yang sama juga berlaku. Mak masih marah-marahkan saya. Saya terpaksa pekakkan telinga mendengar kemarahannya, hendak pindah rumah sewa, terus terang saya katakan suami saya tidak mampu. Lagipun kata ayah itu juga rumah saya, saya tak perlu keluar dari rumahnya. Saya pegang janji ayah. Akhirnya saya bersalin dan melahirkan saya baby lelaki dan saya namakan dia seperti nama yang saya dpt dari mimpi saya. Hidup saya ceria sedikit dgn kehadiran si kecil itu. Namun kebahagiaan saya tak lama, apabila suami mula mata keranjang. Saya terpaksa mempertahankan rumahtangga saya demi si kecil ini. Cemburu saya telah melompat tinggi, tinggi dari ketinggian saya. Dan semenjak itu saya menjaga rumahtangga saya sebaik mungkin. Dugaan datang bertimpa-timpa, hanya Allah saja yang tahu. Dan akhirnya saya berserah semuanya kepada Allah, jika saya coretkan semuanya ini pasti airmata saya berjuraian. Saya sanggup berkongsi susah dan senang bersama suami saya. Saya membesarkan anak saya dengan pelbagai ranjau dan duri kehidupan. Suami saya inginkan anak lagi, setelah puas namun tidak berhasil. Suami mula termakan pujuk dan cadangan dari kawan perempuannya di pejabat untuk membawa saya berubat dan berurut. Saya berurut setiap tempat yang disruh sehinggalah satu hari saya sakit perut yang amat sangat. Bila saya ke klinik , doktor itu mula membebel dgn saya kerana katanya saya tak sayangkan diri saya sendiri. Saya agak terkejut mendengarnya, dr. itu beritahu saya yang peranakan saya sudah bengkak dan berlaku pembekuan darah didalamnya, saya perlu berpantang semula. Saya terkesima mendengarnya, betapa bodohnya saya kerana mengikut kata suami dan membahayakan diri sendiri. Dan semenjak itu saya tidak lagi mengikut kehendaknya. Saya pasrah pada qada dan qadar dari Allah.
Saya akan sambung lagi di masa yg akan datang.......
Thursday, January 17, 2013
Monday, September 24, 2012
DRAMA RTM "HADIAH UNTUK AYAH"
Ini pula skrip ke dua saya berjudul " Hadiah Untuk Ayah". Cerita ini mengisahkan dua orang anak yang nakal telah memutuskan tasbih kesayangan ayahnya. Mereka telah menyembunyikan tasbih itu. Kehilangan tasbih itu telah membuat bapanya rasa sugul. Mereka merasa pelik dan hairan kenapa bapa mereka begitu sedih bila tasbih itu hilang sehinggalah sibapa itu menceritakan semula tentang tasbih itu. Setelah mendengar cerita itu siabang berusaha mencantumkan semula tasbih itu dan ingin menghadiahkan kepada bapanya sempena hari lahir bapanya. Saya harap anda akan dapat menonton cerita saya dan berilah komen-komen anda untuk saya agar saya dapat membaiki penulisan saya.
DRAMA RTM "UNTUK MAMA"
Hai,
Sudah lama tak update blog ini. Kesibukan dengan urusan peribadi dan juga dengan bidang penulisan serta mengambil kursus penulisan di Aswara sehingga saya tidak ada masa untuk update blog ini.
Alhamdulillah skrip pertama saya akan ditayang di RTM tidak lama lagi berjudul "UNTUK MAMA" saya harap anda semua dapat menonton drama saya. UNTUK MAMA berdasarkan kisah benar. Kisah perjuangan dan pengorbanan seorang ibu apabila anaknya disahkan ada sindrom Dyslexia. Ketegasan si ibu ingin melihat anaknya berjaya seboleh-bolehnya berusaha membantu dan mendidik anaknya itu sehingga sikap siibu yang terlalu memberi perhatian pada anaknya menimbul rasa cemburu dan tidak puas hati sibapa sehinggalah bapanya itu jatuh cinta semula dengan kekasih lamanya, (bahagian ini hanya ditokok tambah utk menyedapkan cerita atas permintaan mereka). Cerita ini bermula dari sianak berusia 9tahun hingga dewasa, banyak pengajaran yang boleh kita lihat dan pelajari. Saya harap anda akan berpuas hati menontonnya.

Friday, August 19, 2011
RAMADAN INI
Entah kenapa Ramadan kali ini tidak dapat kudampingi begitu khusyuk sekali. Ingin aku menyesali pada apa yang telah aku lakukan. Namun aku tidak mampu melepaskan beban yang digalas dibahuku ini. Antara terpaksa dan dipaksa aku terpaksa meninggalkan kasih sayangku
pada Ramadan yang bakal berlalu pergi. Ingin aku menahannya namun aku tidak berhasil. Ramadan tetap pergi jua walau berjanji akan kembali lagi namun apakah pasti aku masih ada menunggunya?
Tuesday, July 12, 2011
When They Are Small Slideshow
When They Are Small Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ When They Are Small Slideshow ★ to . Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"
Saturday, June 18, 2011
BELILAH ROTAN UNTUK MENGAJAR ANAK
Saya seringkali mendengar keluhan ibubapa muda sekarang ini terhadap anak-anak mereka yang nakal dan tidak mendengar kata walaupun usia baru setahun jagung. Mereka mengeluh kerana anak mereka terlalu nakal dan tidak mendengar kata malah tidak ada sedikitpun perasaan takut mereka terhadap kedua ibubapa mereka.
Saya bertanya kepada mereka jika anak mereka nakal apakah yang selalu mereka lakukan...mereka akan menjawab marah dengan mulut sahaja. Apakah tindakan anak mereka pula? Degil tidak mahu mendengar kata. Saya bertanya lagi, kalau anak mereka melakukan sesuatu yang menguji kesabaran ibubapa apakah tindakan selanjutnya yang mereka lakukan?
Mereka menjawab pukul. Pukul? Saya bertanya lagi pukul dengan apa? Mereka menjawab dengan hanger...pembaris atau pun tali pinggang. Saya tersenyum. Mereka bertanya saya pula kenapa saya tersenyum.
Saya berkata patutlah anak awak makin nakal. Mereka bertanya lagi kenapa???
Sebab setiap kali anda pukul mereka dengan benda-benda itu hanya menimbulkan kemarahan yang mendalam. Mereka akan ada sikap dendam dan memberontak. Dan untuk pengetahuan semuanya benda-benda yang anda gunakan untuk pukul anak adalah dari benda yang dicampur adunan dari bahan2 lain. Kerana itu anak anda tidak mempunyai perasaan sakit kerana takut kepada anda malah menimbulkan sikap memberontak dan kemarahan mereka.
Saya juga mempunyai anak. Dulu saya juga memukul anak saya dengan benda-benda tersebut dan apa yang saya dapati anak saya melawan dan memberontak serta menunjukkan sikap kemarahan dan kedegilan yang menguji kesabaran saya. Pada satu hari saya mendengar di radio bagaimana seorang bapa mendidik anak-anaknya menjadi orang yang berpengaruh dan berjaya dalam hidup mereka. Kata bapa ini dia hanya mengunakan rotan untuk mendidik anak-anaknya. Kata beliau rotan ini dari pokok dan ianya dari sumber alam semula jadi dan bentuk rotan adalah lurus dan ke atas....sakit kena rotan adalah berbeza sakit kena pukul dengan hanger. Saya mencuba apa yang beliau katakan.
Saya membeli rotan di kedai. Setiap kali anak saya memberontak dan terlalu nakal saya memukul kakinya dengan rotan. Dia menangis dan semenjak itu anak saya akan takut bila saya menunjukkan rotan. Dia mula menjadi baik dan takut memberontak dan marah-marah lagi. Kini anak saya sudah pun remaja. Dunia Remaja sekarang yang saya takuti akan mengubahkan hidup anak saya....tidak pernah mendekatinya. Anak saya tidak ponteng sekolah dan tidak pernah pergi melepak ke mana-mana shopping kompleks pun. Tidak merokok dan mendekati dadah. Alhamdulillah kini anak saya berjaya walau tidak sehebat mana....dia kini seorang chef di sebuah hotel yang ternama juga. Ini semua berkat nasihat dan kata-kata seorang bapa itu.
Untuk pengetahuan anda....tidak salah menyimpan rotan dan menggunakan ke atas mereka setakat untuk mengajar mereka menjadi lebih baik dan orang yang berjaya dalam hidup mereka. Percayalah satu hari nanti anak anda akan berterimakasih pada anda kerana mendidik mereka menjadi lebih baik dari mereka sangkakan.

KEMBALI MENJADI SURI RUMAH SEPENUH MASA
Tanggal 11 hb Jun 2011 aku telah meletakkan jawatan ku sebagai Sales Marketing Executive di sebuah Spa milik sahabat ku. Namun pengurusan spa yg dijalankan oleh sahabatku itu tidak teratur dan dia tidak layak menjadi seorang majikan. Dia mengunakkan sistem diktaktornya yang tidak boleh diterima oleh mana-mana pekerja pun. Oleh kerana tidak keserasian itu aku terpaksa melepaskan jawatanku dan menjadi surirumah sepenuh masa.
Terlalu kekok utk berada dirumah sepanjang masa. Bosan mengelilingi hidupku. Untuk menulis....kepala ku pula asyik sakit saja. Untuk seketika waktu ini aku terpaksa memujuk diriku untuk berdamai dengan fikiran agar aku dapat kembali menulis.
Aku sendiri tidak tahu bagaimana rasanya surirumah yang lain hanya duduk dirumah tanpa membuat apa2. Sedangkan aku baru seminggu dah rasa nak cari kerja....namun aku terpaksa menangguhkannya kerana sedang merancang untuk membuat bisnes kecil2an pula.
Tuhan kabulkanlah permintaan hamba Mu ini....permudahkanlah urusanku dalam mencari rezeki yang halal lagi berkat. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)