Assalamualaikum wbt.
Saya panjatkan syukur Alhmadulillah ini pada Allah. Akhirnya janji saya pada arwah ayah saya 25 tahun yang lalu terlaksana juga. Nama saya sebagai penulis skrin telah dipaparkan didalam television. Cerita "HADIAH UNTUK AYAH" adalah telemovie saya yang pertama dan ianya tersiar pada genap 19 tahun ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Mekah ketika hendak menunaikan Haji.
Sesungguhnya ayahlah idola untuk saya menjadi anak yang solehah. Ayahlah idola untuk saya membimbing anak saya menjadi anak yang soleh. Ayah saya seorang lelaki yang baik . Dia tidak pernah marah mak, kalau dia kena marah dengan mak ayah akan diam saja. Kalau mak tak masak ayah akan masak sendiri, atau ayah akan ajak mak dan kami makan di luar. Ayah juga seorang anak yang baik dan bertanggungjawab.
Satu ketika dulu arwah nenek, jatuh sakit kerana buatan orang. Bertahun nenek sakit, dan puaslah ayah bawa dia berubat namun sikap nenek tetap begitu, sehingga semakin teruk. Nenek bermain dengan najisnya sendiri, ayah terpaksa membuat bilik kecil nenek dibelakang dapur. Setiap hari dan setiap pagi hidung kami akan sesak kerana bau najis nenek yang dipalit di seluruh bilik itu.
Ayah pagi-pagi sudah pergi kerja, maklah yang kena cuci bilik dan mandikan nenek. Mak selalu marah-marah nenek, saya hanya memerhatikan saja nenek, dan rasa kasihan dengan nenek yang selalu kena marah dan ahhhh(tak sanggup saya mencatitkan di sini). Nenek selalu memanggil nama datuk dan ayah. Ayah tidak sanggup lagi mendengar bebelan mak yang merungut kerana ibunya itu, lalu ayah akan mandikan nenek setiap hari. Saya lihat ayah mandikan nenek dengan penuh kasih sayangnya dan beri nasihatnya pada nenek agar jangan membuat isterinya penat dan marah-marah. Ayah lap badan nenek, sikat rambut nenek, pakaikan bedak nenek dan suapkan nenek makan dan minum. Setelah nenek tidur barulah ayah tinggalkan nenek dan kembali keluar bekerja. Ayah bekerja sendiri, tiada masalah untuknya uruskan nenek setiap pagi.Ayah selalu pesan pada saya supaya jaga nenek jika ayah keluar bekerja, dan sayalah selalu menggantikan tempat ayah, membersihkan nenek yang dipenuhi dengan najisnya sendiri.
Akhirnya ayah nekad untuk mengubat nenek. Ayah bawa nenek berubat jauh ke Johor. Kuasa Allah, akhirnya nenek sembuh. Nenek kena buatan orang yang pernah mencintainya dahulu. Agak lama nenek menanggung sakit. Ayah pulak masa tu orang susah dan berhijrah ke kota untuk bekerja sebagai pemandu kereta pada seorang doctor. Bila kehidupan ayah sudah selesa setiap bulan ayah akan pulang tetapi ayah pulang tidak lama kerana itulah ayah tidak pernah tahu nenek sakit ke tidak,arwah datuk pun tidak pernah ceritakan pada ayah tentang nenek. Bila arwah datuk tiada, ayah membawa nenek tinggal bersamanya dan pada masa itulah ayah baru tahu nenek sakit. Nenek meninggal sebaik saja sampai ke rumah. Sayalah cucunya yang paling sedih dan menangis tiada hentinya. Segala kenangan bersama nenek bermain di mata, ketawa nenek,joget nenek, panggilan manja nenek pada saya...semuanya itu tertayang kembali. Ayah memanggil saya untuk mencium jenazah nenek...ayah kata saya selalu jaga nenek, saya berhak mencium dahi nenek dulu dari adik beradik yang lain.
Saya kagum dengan sikap kasih sayang ayah terhadap ibunya. Ayah juga selalu susah hati kalau anak-anak dia tidak solat. Ayah akan termenung bila melihat anak-anaknya leka menonton tv. Tapi ayah selalu gembira melihat saya sering jalan pulang di belakangnya setelah solat di masjid, lebih-lebih lagi bulan ramadhan.
Sebelum ayah hendak ke Mekah, ayah memanggil saya pulang untuk menjaga adik-adik, rumah dan teksinya. Ayah hanya mengharap pada saya. Terasa berat bebanan ini namun demi ayah, saya sanggup memikulnya. Tinggallah saya dan suami serta anak kecildi rumah ayah menjaga adik-adik.
Beberapa lama kemudian saya mendapat mimpi, sebuah kereta menghantar mak pulang dari Mekah. Keluar tiga orang wanita Arab yang tinggi dan berjubah dari kereta. Mereka mengeluarkan beg pakaian ayah. Mak hanya diam tak berkata apa-apa. Saya Tanya pada mak mana ayah? Salah seorang wanita Arab itu berkata yang ayah sudah tiada lagi. Saya tidak percaya kata-kata wanita Arab itu. Saya kata saya tak percaya ayah tiada lagi. Wanita Arab itu cuba menenangkan saya, saya bertambah menangis bila melihat beg pakaian ayah dan tiba-tiba saya terjaga sambil teresak-esak. Saya khabarkan mimpi itu pada suami dan Kak Long tapi kata mereka kata selalunya kalau kita mimpi orang meninggal maknanya umurnya panjang. Namun tiga hari selepas mimpi itu, saya menerima telegram dari Mekah mengatakan ayah sudah meninggal di sana.
Ya Allah akhirnya impian ayah tercapai. Dia memang ingin meninggal di sana. Saya benar-benar terharu mimpi itu menjadi benar. Kalau saya tahu pastinya keinginan ayah dua hari yang lalu sebelum dia meninggal ingin bercakap dengan adik kecil itu pasti saya tunaikan, tapi ketika itu adik masih belum pulang dari sekolah.
Ayah....segala kenangan bersama ayah sentiasa dalam ingatan ini. Alfatihah buat ayah...semoga Allah melimpahi rahmat keatas roh ayah.
Sesungguhnya saya tetap merindui ayah. Ini juga Hadiah untuk Ayah.
Thursday, April 11, 2013
Thursday, January 17, 2013
Tenggelamnya sebuah suara
Selamat Datang 2013
Hai,
Sudah lama tidak menulis didalam blog ini, kekangan masa selalu mencemburui kehadiran diri ke sini, namun begitu sempat mengambil kesempatan untuk berlari sejenak ke sini dan menulis bagi melepaskan rindu yang terbuku didalam hati.
Tahun 2012 telah pun pergi, banyak kenangan manis dan pahit telah pun berlalu. Namun rasa syukur kepada Allah kerana perjalanan 2012 berjalan begitu baik sekali. Tiada berlaku kemalangan dan juga pengalaman pahit seperti tahun yang sebelum ini. Sempat juga aku bermuhasabah diri tentang kehidupan ini. Pada mereka yang merasakan hidup ini amat mengecewakan ingin saya berkongsi cerita dengan anda.
Ambillah masa sejenak membaca cerita saya ini, mungkin cerita saya akan mengurangkan kesesakan didalam dada anda. Duduk dengan berlapang dada, menarik nafas sedalamnya dan hembuskan buatlah 3 kali. Baiklah, saya akan mula bercerita.
Ceritanya begini:
Dulu ketika umur saya 10 tahun dahulu, saya tak pernah mempunyai cita-cita. Bila cikgu bertanya dengan saya apakah cita-cita saya, saya termanggu seketika...akhirnya saya jawab saya nak jadi cikgu. Tetapi terus terang saya katakan saya tak tahu apa yang saya inginkan bila saya dewasa kelak. Saya biarkan masa terus berlalu, dan akhirnya saya tidak mempunyai cita-cita hingga tamat sekolah. Sebabnya kenapa saya jadi begini adalah kerana saya tidak diberi dorongan dan bimbingan oleh keluarga. Ibu bapa saya sibuk bekerja membanting tulang memastikan urusan perniagaan mereka berjalan dengan lancar, sehingga mereka mengabaikan saya anak kelima dari tujuh adik beradik ketika itu. Saya tidak dibenarkan kerja, kerana ayah tidak mempercayai saya kerana saya berbadan kecil comel. Saya tidak disuntik dengan kata-kata semangat oleh mereka sedangkan saya ingin juga berjaya dan mempunyai cita-cita. Ibu pula ketika itu tidak mementingkan pelajaran dan kerjaya saya, katanya apa guna saya belajar dan akhirnya saya ke dapur juga. Saya rasa sedih dan menangis, usia remaja saya penuh dengan kesepian, keseorangan dan ditemani dengan tangisan. Tiada siapa yang mendengar tangisan saya. Saya akhirnya sentiasa berkomunikasi dengan Allah setiap malam. Saya sembahyang Tahjudd dan mengaji setiap malam, saya menemui ketenangan diwaktu itu.
Akhirnya saya kahwin dengan seorang lelaki yg kini suami saya, ketika itu usianya sudah menjangkau 30 tahun. Bezanya dia dgn saya 9 tahun. Kalau dilihat pada ramalan manusia, saya dengan dia tidak akan kekal bahagia, Antara saya dengan dia banyak yang tiada persamaannya, dan sepanjang perkahwinan itu saya dan suami mengalami pelbagai rintangan yang ingin memisahkan kami. Tetapi saya tahu jika semuanya itu tidak akan berlaku jika Allah tidak memperkenankannya.
Sekali lagi hidup saya bergelumang dengan airmata. Pendapatan suami saya dahulu tidak sebesar mana, kami menumpang di rumah mak saya, dan entah beberapa kali saya dan suami dihalau keluar dari rumah mak. Saya pun tak tahu kenapa mak membenci saya dari dulu lagi, namun saya tidak pernah marahkan mak saya dan membenci dia. Nasib saya juga tidak baik bila ipar duai turut benci saya, mereka membuat fitnah ke atas saya dan meminta suami menceraikan saya. Airmata saya berjurai lagi. Dugaan Allah Maha Hebat buat saya yang bertubuh kecil ini. Apa salah saya tidaklah saya ketahui, apa yang tersirat di kepala saya adalah Allah ingin menguji ketabahan hati saya.
Suami saya memang baik dia tidak mendengar fitnah itu. Saya tetap dia sayangi. Namun dugaan lain pula datang, saya dimarahi pula oeh ibu mertua kerana hasutan ipar saya yang tidak sudah-sudah mencari pasal dengan saya. Saya dipulaukan oleh keluarga mentua sya dan suami saya pula bagaikan tak punya perasaan kerana dia juga seakan mengikut rentak keluarganya. Saya menangis lagi, hidup saya penuh dengan kesedihan. Saya hampir dilanggar kereta ketika saya mencari suami saya ditempat kerjanya kerana perbuatan ipar saya yang tidak dapat saya terima. Ketika itu saya sedang mengandung anak pertama. Saya menangis dan menangis. Saya tidak tahan hidup berkongsi rumah dengan mereka, Segala masakan saya untuk suami yang disimpan didalam almari makanan dikeluarkan dan dibiarkan lalat bertelur. Bila saya dan suami nak makan saya lihat telur lalat banyak dan akhirnya saya membuang semua makanan itu. Kejamkan.
Pakaian saya dalam washing machine habis dikeluarkannya sebelum sempat dicuci sepenuhnya. Saya hanya diam saja, suami juga tak berkata apa-apa kerana itu adik-beradiknya.
Kandungan saya mengalami masalah. Doktor meminta saya berehat panjang jika saya sayangkan baby itu. Saya kembali tinggal di rumah mak saya, tetapi keadaan yang sama juga berlaku. Mak masih marah-marahkan saya. Saya terpaksa pekakkan telinga mendengar kemarahannya, hendak pindah rumah sewa, terus terang saya katakan suami saya tidak mampu. Lagipun kata ayah itu juga rumah saya, saya tak perlu keluar dari rumahnya. Saya pegang janji ayah. Akhirnya saya bersalin dan melahirkan saya baby lelaki dan saya namakan dia seperti nama yang saya dpt dari mimpi saya. Hidup saya ceria sedikit dgn kehadiran si kecil itu. Namun kebahagiaan saya tak lama, apabila suami mula mata keranjang. Saya terpaksa mempertahankan rumahtangga saya demi si kecil ini. Cemburu saya telah melompat tinggi, tinggi dari ketinggian saya. Dan semenjak itu saya menjaga rumahtangga saya sebaik mungkin. Dugaan datang bertimpa-timpa, hanya Allah saja yang tahu. Dan akhirnya saya berserah semuanya kepada Allah, jika saya coretkan semuanya ini pasti airmata saya berjuraian. Saya sanggup berkongsi susah dan senang bersama suami saya. Saya membesarkan anak saya dengan pelbagai ranjau dan duri kehidupan. Suami saya inginkan anak lagi, setelah puas namun tidak berhasil. Suami mula termakan pujuk dan cadangan dari kawan perempuannya di pejabat untuk membawa saya berubat dan berurut. Saya berurut setiap tempat yang disruh sehinggalah satu hari saya sakit perut yang amat sangat. Bila saya ke klinik , doktor itu mula membebel dgn saya kerana katanya saya tak sayangkan diri saya sendiri. Saya agak terkejut mendengarnya, dr. itu beritahu saya yang peranakan saya sudah bengkak dan berlaku pembekuan darah didalamnya, saya perlu berpantang semula. Saya terkesima mendengarnya, betapa bodohnya saya kerana mengikut kata suami dan membahayakan diri sendiri. Dan semenjak itu saya tidak lagi mengikut kehendaknya. Saya pasrah pada qada dan qadar dari Allah.
Saya akan sambung lagi di masa yg akan datang.......

Monday, September 24, 2012
DRAMA RTM "HADIAH UNTUK AYAH"
Ini pula skrip ke dua saya berjudul " Hadiah Untuk Ayah". Cerita ini mengisahkan dua orang anak yang nakal telah memutuskan tasbih kesayangan ayahnya. Mereka telah menyembunyikan tasbih itu. Kehilangan tasbih itu telah membuat bapanya rasa sugul. Mereka merasa pelik dan hairan kenapa bapa mereka begitu sedih bila tasbih itu hilang sehinggalah sibapa itu menceritakan semula tentang tasbih itu. Setelah mendengar cerita itu siabang berusaha mencantumkan semula tasbih itu dan ingin menghadiahkan kepada bapanya sempena hari lahir bapanya. Saya harap anda akan dapat menonton cerita saya dan berilah komen-komen anda untuk saya agar saya dapat membaiki penulisan saya.
DRAMA RTM "UNTUK MAMA"
Hai,
Sudah lama tak update blog ini. Kesibukan dengan urusan peribadi dan juga dengan bidang penulisan serta mengambil kursus penulisan di Aswara sehingga saya tidak ada masa untuk update blog ini.
Alhamdulillah skrip pertama saya akan ditayang di RTM tidak lama lagi berjudul "UNTUK MAMA" saya harap anda semua dapat menonton drama saya. UNTUK MAMA berdasarkan kisah benar. Kisah perjuangan dan pengorbanan seorang ibu apabila anaknya disahkan ada sindrom Dyslexia. Ketegasan si ibu ingin melihat anaknya berjaya seboleh-bolehnya berusaha membantu dan mendidik anaknya itu sehingga sikap siibu yang terlalu memberi perhatian pada anaknya menimbul rasa cemburu dan tidak puas hati sibapa sehinggalah bapanya itu jatuh cinta semula dengan kekasih lamanya, (bahagian ini hanya ditokok tambah utk menyedapkan cerita atas permintaan mereka). Cerita ini bermula dari sianak berusia 9tahun hingga dewasa, banyak pengajaran yang boleh kita lihat dan pelajari. Saya harap anda akan berpuas hati menontonnya.

Friday, August 19, 2011
RAMADAN INI
Entah kenapa Ramadan kali ini tidak dapat kudampingi begitu khusyuk sekali. Ingin aku menyesali pada apa yang telah aku lakukan. Namun aku tidak mampu melepaskan beban yang digalas dibahuku ini. Antara terpaksa dan dipaksa aku terpaksa meninggalkan kasih sayangku
pada Ramadan yang bakal berlalu pergi. Ingin aku menahannya namun aku tidak berhasil. Ramadan tetap pergi jua walau berjanji akan kembali lagi namun apakah pasti aku masih ada menunggunya?
Tuesday, July 12, 2011
When They Are Small Slideshow
When They Are Small Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ When They Are Small Slideshow ★ to . Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"
Subscribe to:
Posts (Atom)