Friday, July 20, 2007

Dari sebuah cerita

Pernahkah terfikir oleh kita kenapa anak-anak kita kadang-kadang sukar untuk menerima dan mengingati apa yang dipelajari disekolah? Pernahkah kita bertanya kepada diri kita apa yang telah kita sajikan untuk makanannya yang menjadi darah dagingnya? Pernahkah kita selidiki apakah makanan itu datangnya dari sumber yang halal? Ingatlah para ibu bapa bahawa ada satu cerita dari Imam Shafei yang saya pernah dengar dari seorang ustaz yang menceritakan bahawa Imam Shafei juga pernah mengalami pekara yang sama iaitu sukar untuk mengingati apa yang dipelajarinya dari tok gurunya...lalu Imam Shafei pun berjumpa dengan Tok Gurunya untuk meluahkan apa yang dirasa dan dialaminya....lalu Tok Gurunyamenyuruh dia pulang dan bertanyakan pada ibunya apakah sajian yang sering ibunya beri setiap hari.
Lalu ibunya memberitahu susu kambing inilah yang selalu diberikan pada Imam Shafei setiap pagi...lalu Imam Shafei pula mencari pengembala susu kambing dan dia terjumpa pengembala kambing tadi sedang membawa kambing-kambingnya meragut rumput di ladang pemilik orang lain. Maka diberitahunya kepada Tok Gurunya dan dinasihat pula oleh tok Gurunya agar membeli susu kambing dari pengembala kambing yang benar-benar menjaga kambingnya dari meragut rumput yang tidak halal. Nah! Dari situ dapatkah para ibubapa memahami cerita tersebut. Pesanan yang ingin disampaikan ialah berilah anak-anak kita makan dari sumber yang halal dan diberkati. Semoga apa yang anak kita pelajari itu mudah diingati dan semoga juga anak kita menjadi anak-anak yang beriman, berjaya didunia dan diakhirat....Amin.