Tuesday, May 26, 2009

Dia Yang Mendewasakan Aku

Aku dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan normal oleh sepasang suami isteri yang normal. Tetapi apa yang telah mendewasakan aku adalah sebuah pengalaman kehidupan yang tidak dapat dipelajari dimana-mana tempat sekalipun. Ianya juga bukan boleh diwarisi tetapi hanya unuk dikongsi bercerita.

Semua orang memiliki dan mengalaminya tetapi cara yang berbeza. Pengalaman telah mendewasakan kita. Kita belajar kehidupan dari pengalaman. Tidak ada buku yang dapat kita menghirup pengalaman orang untuk dijadikan hak milik kekal tetapi....pengalaman itu dikutip dari apa yang kita lalui seharian.

Kita adalah kita dan pengalaman yang kita lalui inilah yang mendewasakan kita agar kita boleh menempuh segala cabaran dan dugaan. Kejayaan yang kita tempuhi ini adalah kerana banyaknya pengalaman hidup yang kita alami.

Jangan takut bila menempuhi kegagalan kerana pengalaman kegagalan itu selalunya melonjakkan kita keatas. Dan ingatlah segala apa yang kita lakukan ini hanya ALLAH yang memberikan keberkatanNya. Dia juga memberi ujian untuk kita mencari pengalaman hidup ini.
Berterimakasihlah kepadaNya kerana telah memberi peluang untuk kita mengutip sebanyak mana penagalaman yang kita inginkan dan dia jugalah mendewasakan fikiran kita untuk menjadi lebih tabah, berkeyakinan dan juga kekuatan untuk kita menempuhi jalan yang masih berliku dihadapan kita.

Mencari Cinta dalam Cinta

Aku bagaikan termanggu dalam diri
Mencari satu keajaiban
yang sentiasa berbisik dalam diri
mencari cinta yang menyelinap
ke pintu hatiku

Aku bagaikan termanggu dalam diri
mencari satu kehilangan
dari satu wajah cinta
ke wajah cinta yang lain
yang tiada seorang pun mengerti

Aku bagaikan membiarkan
semuanya itu berlalu pergi
bagaikan puing angin
yang hanya meninggalkan kesan
keresahan yang tiada penghujungnya

Aku bagaikan kebingungan
dalam mencari cinta dalam cinta
yang sampai kapan pun
aku tidak ketemu
kerana aku sendiri tidak mengenali
dan memilikinya