Aku bagaikan termanggu dalam diri
Mencari satu keajaiban
yang sentiasa berbisik dalam diri
mencari cinta yang menyelinap
ke pintu hatiku
Aku bagaikan termanggu dalam diri
mencari satu kehilangan
dari satu wajah cinta
ke wajah cinta yang lain
yang tiada seorang pun mengerti
Aku bagaikan membiarkan
semuanya itu berlalu pergi
bagaikan puing angin
yang hanya meninggalkan kesan
keresahan yang tiada penghujungnya
Aku bagaikan kebingungan
dalam mencari cinta dalam cinta
yang sampai kapan pun
aku tidak ketemu
kerana aku sendiri tidak mengenali
dan memilikinya
No comments:
Post a Comment