Thursday, November 18, 2010

Radio Malaysia Online Internet - HotFM, Era, Sinar, Hiz, My, Mix, Radio Muzik, THR, Suria

Radio Malaysia Online Internet - HotFM, Era, Sinar, Hiz, My, Mix, Radio Muzik, THR, Suria

Monday, November 15, 2010

SAJAK

BICARA

Pada sebuah bicara
kita terluka
tanpa bicara
kita membisu
Jadi bagaimanakah
seharusnya kita berada?

Anina Sahal
Lembah Keramat.

Sajak ini telah disiarkan pada Julai 1988

SAJAK

SAJAK PENDUSTA

dalam kesepian yang tak perlukan
sebarang kata
aku telah mendustai diri ku
dibawah naungan kebenaran
aku telah menguggah tiang
kesetiaan


Anina Sahal
Lembah Keramat

Sajak ini telah disiarkan dalam mingguan Famili 29hb Mei 1988

Sajak

Egois Seorang Lelaki

Kata kau......
kata seorang isteri jarang ada
kebenarannya
Kata kau lagi......
Amat sukar bagi seorang lelaki
Mendengar kata seorang isteri

Kata kau lagi......
Kata seorang isteri penuh dengan emosi
Terlalu sukar untuk difahami
Kerana itu ....
kau tidak mahu mendengar kataku

Kata ku ada kebenarannya
Kta ku tidak pernah dibohongi
perasaan
Kataku diperhalusi sedalam-dalamnya
Kataku ikut bicara alam
Kataku ikut kebenaran kata hati
Yang telah dianugerahi Illahi buat
seorang isteri

Namun.......
Egois mu menutup kebenaran ini
Egoismu melingkari seluruh bicara ini
Egoismu menafikan hak
kata seorang isteri
Dan...
Akhirnya egoismu
Berjaya membungkami mulutku
Dari terus berkata tentang
kebenarannya

Anina Sahal
Kajang

Sajak ini telah disiarkan dalam Majalah URTV 15 OGOS 2006

Thursday, November 11, 2010

KISAH TEMPAT TINGGAL IBLIS

dari petikan sebuah buku Himpunan Kisah-kisah Teladan:

Salah seorang sahabat, Anas bin Malik r.a. berkata "Iblis laknat telah bertanya kepada Allah S.W.T. antaranya ialah:-

Kata Iblis kepada Allah S.W.T. "Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman yakni rumah untuk berzikir kepada mu, tunjukkanlah kepada ku tempat kediaman ku."

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Wahai iblis tempat kediaman mu ialah di dalam bilik air (tandas)."

Iblis berkata " Ya Tuhanku , Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (masjid, surau). Di manakah tempat bagiku berkumpul?"

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Wahai Iblis , tempat untuk kamu berkumpul ialah di pasar-pasar dan pusat membeli belah, pesta-pesta, kelab-kelab malam, majlis maksiat,dan tempat-tempat hiburan.