Sunday, July 27, 2008

BERITA BAIK UNTUK KAUM WANITA

JAMU RAPAT WANGI

Traditional oral formulation especially for women.
Eliminates itchiness and irritation of the intimate area.
Helps to firm the breast, and flattens the stomach and regulate the period cycle.
Also suitable for mothers with new borns to help regain and maintain the figure.

Dosage : 3 capsule three times a day after meal.
Contents 100 capsule.

KEMUT AJAIB

This Jamu (traditional herbal medicine) can create very special throats of excitement when
having sexual intercourse. It gives something more than what is expected by a husband and remove juices in and tighten the vagina. It helps women recover their vigrous sexual drive.

DOSAGE
to be taken every morning, afternoon and night.


SARI KESAD

Jamu ini dapat merapatkan dan dalam masa yang sama dapat memberikan kesan denyutan yang sangat istimewa pada saat berlangsungnya hunungan suami isteri. Kepuasan yang sama sekali tidak dapat dibayangkan oleh kedua pihak . Membantu isteri leibh menikmati dan suami lebih mendalami.

Jamu ini hendaklah di ambil tiga serangakai untuk menambahkan kesannya.
Jika anda ingin membuat tempahan hubungi atau hantar pesanan dan pertanyaan anda pada email saya:
anina_sahal66@yahoo.com.my

P/S
Menjaga hubungan suami siteri itu adalah lebih baik dari kita menjaga hal peribadi orang lain. Intai-intailah dan pandang-pandanglah kemana arahnya mata dan hati mereka kerana hanya kita saja yang tahu tentang mereka dan jangan biarkan mereka(kaum lelaki ) membuka pekung didada mereka dalam menceritakan hal kelemahan kita kerana kita sebenarnya boleh membaiki kelemahan kita sendiri kerana itu fikir-fikirkanlah.

Monday, July 21, 2008

BUKU MOTIVASI CHEF LI

Ini bukan mengiklankan atau mempromosikan buku Chef Li. Dengan rasa senang hati dan rasa ikhlas dengan erti kata kejujuran yang sebenarnya saya amat tertarik dengan dua buah buku Chef Li yang pertama saya membaca buku berjudul Jalan menuju Kekayaan dan Orang Kaya Bertaqwa...buku-buku itu memang amat menarik sekali. Setiap jalan ceritanya mampu membawa saya ke alamnya. Terasa ingin menjadi seperti Chef Li yang dapat bertemu dengan orang yang alim ulamak. Bukan mudah untuk menjadi orang yang terpilih.

Setiap cerita dan petua-petua yang diberikan itu saya cuba mengamalkannya dan terus mengamalkannya supaya saya juga tergolong dalam orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diatas landasan yang benar. Cerita-cerita itu memberi tunjuk jalan kepada saya untuk menghadapi masalah perniagaan saya.

Saya kini mengumpulkan duit untuk membeli buku-buku motivasi Chef Li yang lain dengan harap saya akan terus diberi petunjuk dan ilmu yang berguna. Pada mereka yang masih tercari-cari ilmu untuk membimbing ke jalan kekayaan dan juga ketenangan saya sarankan belilah buku-buku motivasi ini.

MENCARI KETENANGAN DALAM KERESAHAN

Tat kala hati dirundung duka akibat musibah yang datang berturut-turut ini saya berada dalam kegelisahan yang panjang namun hati ini tetap terasa tenangnya walaupun diluar badai datang melanda dan bergelora. Malam tidur saya tetap nyenyak walau pada hakikatnya ianya bergelora . Di saat ini saya teringat peristiwa ketika saya berada di kelung memancing ikan di Lukut bersama suami dan kawan adik saya yang kesemuanya lelaki pada bulan Jun yang lalu. Saya yang gatal nak ikut kononnya nak cari pengalaman memancing ikan di tengah laut.

Itulah pertama kalinya saya ke kelung. Keadaan kelung itu tidak berapa cantik...ianya dibuat dari kayu dan berlandaskan batang konkrit yang utuh...kalau nak berjalan kena hati-hati sebab ada lantainya yang tidak berpaku.

Cuaca pada pagi itu mendung dan hujan gerimis sedikit. Di lewat tengah hari ada sedikit mentari yang bersinar. Acara memancing juga kian rancak...ikan todak paling banyak saya lihat tika itu...rasa geram melihat dia berenang di bawah sana namun pancing saya tidak mengena.
Saya mula rasa bosan memancing kerana asyik tidak mengena saja..umpan habis dimakan .
Di sini saya belajar bersabar...bagi saya tidak semestinya umpan yang kita beri semuanya di makan begitu juga dengan kehidupan ini dan juga dunia perniagaan ini.

Modal yang kita keluarkan tidak semestinya mendatangkan hasilnya. Saya perlu bersabar dan bersabar. Akhirnya mata kail saya terkena pada seekor ikan selar kuning. Saya ketawa kegembiraan kerana kesabaran saya akhirnya dapat juga. Saya belajar dari situ tentang erti kesabaran. Walaupun kecil tetapi ianya memberikan kegembiraan buat saya. Saya ingin menangkap lagi dan lagi dan akhirnya saya terlena di tepi kelung itu sehingga ke senja.

Malam itu kami makanberamai-ramai diatas daun pisang yang dibawa bekal oleh kawan adik saya berlaukkan sambal belacan hijau dan telur rebus serta maggi ianya menyelerakan. Itulah pertama kalinya saya bersama kaum lelaki dimana kaum hawa seorang pun tiada. Mujurlah kedatangan saya tidak pernah menyukarkan sesiapapun baik pada suami dan juga pada adik saya . Saya tahu membawa diri saya mengikut keadaan dan suasana.

Sedang saya lena tidur didalam bilik yang dibuat diatas kelung yang tak seberapa itu tiba-tiba saya terasa amat sejuk sekali....atap-atap zing terangkat-angkat ditiup angin kencang. Hujan mula turun dengan lebatnya. Bilik saya habis dibasahi hujan sehingga tiada tempat kering yang boleh saya duduk. Di bilik sebelah..kawan-kawan adik saya berzikir dan berdoa agar kami diselamatkan dari bencana ini. Saya mula terasa kesal mengikuti mereka...bermacam-macam pekara bermain difikiran saya....saya teringat anak saya yang berada di Miri ketika itu....saya tidak mahu terkorban ditengah laut. Lantai kelung mula bergoyang-goyang...hujan semakin lebat dan lebat saya kesejukan baju saya habis basah begitu juga dengan suami ,saya lihat adik saya keseorangan mengharungi hujan dalam melihat pancing kawan-kawannya. Saya benar-benar kesejukan . dalam hati tidak henti-henti berdoa pada Tuhan agar selamatkan kami...saya tidak mahu anak saya jadi anak yatim piatu...tika itu saya terfikir pula tentang adik saya dan kawan-kawannya yang lain mereka juga sudah berkeluarga malah anak masih kecil-kecil lagi pastinya kebimbangan mereka lagi kuat dari saya...tapi berbanding dengan saya kami pergi suami isteri lagi parah saya dari mereka.

Hujan semakin lama semakin lebat dan menakutkan dengan kilat berdentum disana sini dan ombak tinggi menggulungg dan masa itu pula saya teringat cerita-cerita kapal karam dan kapal yang dilanda ombak tinggi yang pernah saya tonton. Saya hampir merasai pengalaman itu . Ombak tinggi menggulung, angin kencang dan petir sambung menyambung ...lantai kelung bergoyang dan kami habis lencun. Saya mula rasa debaran itu ianya bukan imiginasi malah saya merasai dengan dunia yang nyata. Setelah sekian lama saya bertahan dalam kesejukan akhirnya hujan kian reda hari kian subuh dan saya bersyukur kerana kami semuanya selamat.

Dan kerana pengalaman yang saya lalui itu memberi pengajaran kepada saya...bahawa setiap badai yang datang ada surutnya. Ketabahan saya telah diuji diatas kelung itu dan saya gunakan ketabahan dan kesabaran saya untuk meneruskan hidup ini. Bagi saya setiap yang mendatang adalah ujian buat kita, cuma terserah pada kita untuk menghadapinya dengan cara bagaimana untuk kita mengatasinya. Kitalah yang mengemudikan bahtera kita, kerana itu menanganilah semua masalah biarlah dengan cara yang bijak agar kita memperolehi ketenangan.

Monday, June 16, 2008

TIPS DALAM MENDIDIK ANAK TUNGGAL

Baru-baru ini saya terbaca satu masalah didalam sebuah majalah mengenai masalah anak tunggal. Masalah ibu ini adalah dia tidak mengerti bagaimana hendak mendidik anak tunggalnya yang disayangi. Ibu ini terlalu sayang sehingga anak itu ditatang bagaikan minyak yang penuh. Serba-serbi si ibu ini lakukan untuk anakperempuannya baik dari segi makan minum serta pakaian sehinggalah pakaian dalam si ibu inilah uruskan. Malah dari segi pendidikan agama si ibu ini tidak beratkan. Terlalu sayang untuk mengejutkan sianak ini bangun mengerjakan sembahyang subuh...lantas dibiarkan tidur selama mana yang dia mahu. Disini banyak kesilapan demi kesilapan yang dilakukan. Andai terus dibiarkan anak perempuan akan mendatangkan seribu masalah pada dirinya , kedua orang tuanya dan kepada suaminya satu hari kelak.

Saya seorang ibu amat memahami dilema si ibu ini tadi. Saya juga memiliki seorang anak lelaki tunggal yang kini sudah pun berusia 19 tahun dan belajar di MIRI Sarawak selama 1 tahun. Ramai kawan-kawan saya respect dengan keputusan yang saya buat ini...iaitu menghantar anak saya belajar jauh di seberang lautan walaupun hanya dia seorang anak yang saya ada.

Sebenarnya anak saya dari kecil lagi saya tidak pernah memanjakannya. Jika dia salah saya pukul jika dia baik saya berikan pujian. Semua kerja saya ajar dia termasuk membasuh pakaian. menjemur kain, melipat kain memasak dan mengemas. Saya tidak mahu bila dia dewasa kelak dan berkahwin dia hanya menyusahkan pihak satu lagi iaitu isterinya. Dari segi agama saya didik dia mengaji dan sembahyang. Saya tekankan pada agama agar dia tidak dimalukan orang kelak dan siapalah yang akan membaca doa dan yassin untuk saya dan suami satu hari nanti.

Semua yang saya ajar adalah untuk kepentingannya. Sebenarnya itulah kasih sayang seorang ibu. Kenapa saya hantar anak saya jauh belajar di Miri? Sebab saya ingin dia belajar hidup berjauhan dari kami. Andainya satu hari nanti kami telah tiada dia sudah dapat menyesuaikan dirinya untuk menerima kenyataan ini.

Saya juga sering memberi kata-kata motivasi kepadanya jika dia berhadapan dengan masalahnya. Selalunya saya akan membiarkan dia menghadapi semua ini jika dia benar-benar tidak dapat menyelesaikannya barulah saya menolongnya.

Kini saya hampir tersenyum gembira, puas dan sayang kepadanya kerana anak saya mula pandai mengatur kehidupannya untuk menjadi insan yang berjaya. Tiada dalam kamus kehidupannya untuk gagal dalam hidup. Dia sudah mengenali dunia ini dan tahu membezakan yang mana satu buruk dan baik. Saya bersyukur kerana saya berjaya mendidik dia untuk menjadi seorang insan. Kalau dulu masih kecilnya dia seorang anak yang nakal dan hyperaktif sehingga ibu saya sendiri tidak mahu menjaganya...kalau dulu ibu saya bimbangkan pelajarannya kerana dia kelemahannya tapi kini ibu saya mula tersenyum kerana dia bakal melihat cucunya ini ingin menjadi seorang Chef yang profesional satu hari nanti.

Kesimpulannya disini janganlah kerana kita diberi hanya seorang anak kita menatang mereka bagaikan minyak yang penuh...sebenarnya cara kita itu nanti yang akan menyusahkan hidup mereka. Ajarlah mereka berdikari kerana kita tidak rugi dan mereka tidak merana. Ajarkan mereka pendidikan agama agar mereka ada pegangan dan pedoman yang dapat membentengkan diri mereka dari terus hanyut dilanda badai kehidupan ini. Seringkali memberi kata-kata motivasi pada mereka dan jadikan diri kita ibu,kawan, dan juga guru kepada mereka.
Seperti kata anak saya sempena hari ibu dan hari jadi saya yang lalu.....mamalah ibu , guru dan juga kawan ianya satu hubungan yang terlalu akrab. Sufi tak akan lupakanya sampai bila-bila.
Percayalah pendidikan itulah yang lebih penting dari kasih sayang yang melampau itu.

Salam Sejahtera Buat Semua

Agak lama memencilkan diri...mungkin merajuk pada alam sekeliling yang kian lama kian kejam dan merejamkan diri dan hati ini. Namun kata-kata motivasi dari shueqry dan mohd suhaimi serta the simple dollar dan juga kata-kata dari Dale Carnegie yang sering kali meniup semangat yang hampir layu dan pudar.

Kadang-kadang rasa hidup ini terlalu membebankan dan kadang kala ianya hampir membunuh. Terlalu sukar untuk mengukir senyuman disaat hati dilanda badai tsunami ini. Namun hari-hari itu jugalah kata-kata motivasi bagaikan tidak jemu menyirami hidup ini agar terus bangkit melawan segala yang mendatang ini. Tepis!Tepis! dan Tepis sehingga saya mampu mengharunginya. Saya kembali berdiri dengan gagahnya. Saya perlu meneruskan hidup ini walau sesukar mana pun. Saya masih beruntung kerana masih cukup sifat dan sikapnya. Saya patut bersyukur kerana selain saya ada lagi yang lebih payah hidupnya. Dan kerana itu saya mengangkat kedua tangan mengucap kesyukuran kepada Illahi yang masih menyayangi saya. Dugaan yang diberi adalah kasih sayangnya kepada saya.

Kesimpulannya saya terus menghargai hidup ini selagi Tuhan memberikan nyawa kepada saya. Hidup ini adalah pinjaman...akhirat jua yang berkekalan. Kerana itu saya harus tabah dan terus tabah pasti saya beroleh kejayaan dan setiap masalah yang datang pasti ada jalan penyelesaian oleh itu saya sering mengingatkan diri saya bahawa hidup ini adalah teka-teki kita kena bijak menyelesaikannya. Dan tidak ada yang lebih indah dari sucinya Kasih Pada Illah.

Friday, April 11, 2008

Takkan Melayu Hilang di Bumi

Itu kata Laksmana Melaka dahulu kala yang terus tersemat dan terpahat di hati dan dada orang melayu umumnya.

Orang Melayu takkan hilang dibumi ini selagi Tanah Melayu ini masih dapat bertahan pun juga Orang Melayu masih boleh hidup dan bernafas dibumi asing. Namun apa juga persepinya orang Melayu perlu bertahan dan pertahankan hak mereka dibumi sendiri.

PRU12 ini bagaikan mengoncangkan tiang kesetiaan sebahagian hati orang Melayu. Memang agak terkejut dan terkedu seketika bila 4 buah negeri ini jatuh ke tangan mereka yang bukan milik orang Melayu. Airmata bagaikan menitis mengenangkan akhirnya kita kalah juga...kekalahan ini pula dibantu oleh orang melayu sendiri. Kemudian bibir melirik melemparkan senyuman pahit kepada orang melayu yang melaungkan kemenangan diatas kejatuhan BN. Terpaksa mengucapkan tahniah walau hati merasa kecewa. Namun apa pun ceritanya ianya sudah pun terjadi.

Tetapi kini lain pula ceritanya selepas mendapat kemenangan. Apa sudah jadi ...ladang ternakan babi bernilai RM 100 juta tetap diteruskan walaupun mendapatkan tentangan. Wah! ini mengejutkan kembali hati yang baru dibaik pulih. Kata orang PAS yang berugama Islam pula mengejutkan lagi hati ini. Apakah tiang keimanan mereka telah bergoncang sehingga boleh mengatakan yang orang islam tidak berhak membantahnya. Apa sudah jadi dengan Mufti....
yang membolehkan ladang ternakan itu diteruskan. Ini satu penyakit ...penyakit yang sendiri membawanya dan tidak hairanlan satu hari nanti kita juga termakan produk buatan mereka dan tidak hairanlah jika satu hari nanti makanan ringan anak-anak kita juga mengandunginya bahan yang diharamkan . Apakah satu hari nanti akan ada fatwa yang mengatakan tak apa termakan kerana tidak tahu akan isi kandungannya?

Dan tidak hairan jugalah jika satu hari nanti Malaysia juga akan menjadi pengeluar air arak yang terbesar didunia. Dan nanti akan ada jugalah fatwa yang mengatakan tidak ada apa-apa kesalahan jika meminumnya jika tidak memabukkan.

Ingatlah orang Melayu bukanya bodoh atau boleh diperbodohkan. Hal Ugama janganlah Mufti atau para ulamak mengambil ringan. Ini tugas anda ..disini anda boleh mengeluarkan apa yang anda suka atau apa yang anda fikirkan tapi pada Tuhan anda jawablah tugas anda dalam memimpin kami semua.

Anda melaungkan PAS itu Islam tapi kemana keislaman anda dan keluarga anda?
Bagaimana anda membentuk keluarga anda untuk menjadi contoh pada kami yang PAS mendukung ISLAM dengan sebaik yang mungkin?
Kerana apa...saya melihat dikaca mata saya sendiri kebanyakan orang PAS tidak tahu apa itu ISLAM yang sebenarnya? Jadi anda fikir-fikirkanlah untuk membentuk Islam sejati dihati kaum PAS sendiri...barulah anda boleh bicarakan pada dunia tentang ISLAM anda sendiri.

Monday, March 31, 2008

Salam rindu untuk Ibuku

Entah kenapa hati ini tiba-tiba terdetik mengingati seorang ibu yang rasanya terlalu jauh dariku. Entah kenapa tiba-tiba kenangan bersamanya satu ketika dulu sebelum bergelar seorang ibu bermain dimataku. Airmata menitis satu demi satu bak berlian yang memancarkan seribu warna keindahaannya. Betapa kemesraan dulu semakin lama semakin hilang dek kedewasaan dan kesibukan ini. Ibu ku juga kian dihambat usia....entah sempat atau tidak aku kembali bermesra dengannya.

Empat hari yang lepas aku baru saja melawat ibu dirumah. Wajahnya kian dimamah usia. Kemuraman, kesedihan dan kesunyian terpapar diwajahnya kerana kesibukan ini memisahkan dia dan anak-anaknya. Kerinduannya pada suami yang tercinta berbelas tahun yang lalu tidak terbalas...kesepian ini mengajak dia mengimbau kenangan silam bersamanya. Betapa sedihnya wajah ibu disusuli dengan kesakitan tuanya...yang bak kata orang peneman setia diusia senja ini. Aku mencium tangan ibu...rasanya ingin merangkulnya...ingin aku meminta ampun diatas segala dosa-dosaku selama ini. Memang ibu memang tiada gantinya. Itulah kebesaran Tuhan kepada hambanya menerbitkan rasa kasih cinta yang mendalam buat ibu.

Pada mereka yang pernah membenci ibunya kembalilah kepadanya...kerana dialah satu-satunya ibu yang tiada galang gantinya dalam dunia ini walaupun kita masih ada suami, isteri atau pun anak...ibu tetap ibu....doa ibu membawa kita kepada kesejahteraan. Doa ibu adalah doa yang satu-satunya diperkenankan Allah. Betapa ternamanya Anda..betapa kaya macam mana pun anda kekayaan anda tidak boleh membeli kasihnya ibu...tidak boleh membeli seorang ibu tidak boleh membeli doanya ibu....kasihnya ibu adalah bersemadi dan bersatu ketika kita didalam rahimnya lagi ...ingatlah kita dan ibu adalah berkongsi darah...berkongsi cerita ...berkongsi nadi satu ketika dulu...ibulah orang yang pertama sanggup mengorbankan dirinya demi anaknya....ibulah menyuapkan kita makan...ibulah mendodoikan setipa mlm dengan lagu evergrean dan selawat serta pujinya kepada Pencipta...ibu juga lah yang memastikan kita sentiasa hidup dalam kesenangan...kasihnya ibu membawa sampai ke mati.

Pada mu ibu ku pohon keampunan dari hujung rambut ke hujung kaki diatas segala kesalahan ku padamu...halalkan makan,minum dan susuan mu tika aku kecil hingga dewasa....doakan lah untukku agar aku menjadi hamba Allah yang solehah dan diberkati umur dan apa juga yg kukerjakan dalam mencari rezeki dibumiNya ini.

Sunday, February 24, 2008

ORANG KAYA TERUS KAYA ORANG MISKIN TERUS MISKIN 2

bersambung cerita semalam.......
Saya tidak sanggup melihat semuanya ini airmata saya berderai tiap kali melihat anak saya tidur dalam kesejukkan tika perjalanan pulang . Saya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran anak saya yang banyak tercicir itu dan suami membuat dua kerja satu kerja dipejabat dan malamnya dia akan membawa teksi hampir dinihari baru pulang dan perjalanan hari esok tetap sseperti biasa hingga beberapa tahun. Kesempitan ini mengajak saya memasuki dunia MLM....saya mencubanya kerana ghairah mendengar dan melihat mereka mempunyai wang yang beribu2 setiap bulan. Datang rasa cemburu tika itu. Saya mencuba nasib. Saya dihantar untuk kursus kepimpinan sebagai ketua. Dalam kursus itu kami diajak untuk kembali merenung kehidupan yang pernah kami lalui dan kami diajar untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Kami diajar untuk bercerita tentang pengalaman kehidupan yang paling menyedihkan dan apa yang ingin kita ubahkan, kerana Allah sendiri berfirman Dia tidak akan mengubah nasib seseorang jika mereka tidak mengubahnya sendiri. Kami diajak bertafakur dan melaungkan keazaman untuk berubah...kami menangis dan menangis dan kami ingin keluar dari kepompong kemisikinan. Dan dari titik itulah permulaan saya melangkah keluar dari kemiskinan. Saya menangis sepanjang perjalanan pulang dari kursus itu. Saya berjanj akan mengubah haluan hidup saya...saya tidak mahu hidup dalam kemiskinan lagi. Saya ingin menjadi seperti lebah yang keluar mencari madunya dan membuat sarang yang besar dan besar. Bermula dari saat itu saya mula berniaga...alhamdulillah berkat kemahuan dan lonjakan dari dalam diri yang inginkan kemajuan akhirnya saya dapat membuka sebuah syarikat. Saya tidak nafikan syarikat saya bermula dari kecil-kecilan...saya mula membesarkan perniagaan mengikut permintaan dari pelanggan dan membuat pusingan modal dari keuntungan yang saya dapat. Saya bermula dari bawah saya belajar dari kesilapan dan kelemahan. saya banyakkan membaca dan bergaul dengan teman-teman seperjuangan yang terdiri dari kaum lelaki dan pelbagai bangsa. Saya jadikan diri saya kecil dan tidak mengerti apa-apa. Akhirnya saya mengutip setiap ilmu dan idea dan saya bancuhkan menjadi satu kejayaan. Sehingga kini saya terus belajar dan saya tidak pernah mengubah konsep pemikiran bahawa saya ketua saya berhak mengarah orang...itu tidak pernah terlintas difikiran saya. Saya bos sayalah kuli. Pakaian saya juga ala kadar...kenderaan saya masih juga kancil tapi saya mempunyai perancangan untuk mengubah kehidupan saya. Saya kini dapat merasakan naik kapal terbang kalau dulu tak terlintas difikiran saya yang saya boleh naik kapal terbang memandangkan kehidupan saya yang miskin dulu. Kini saya boleh menikmati percutian dihotel-hotel yang satu ketika dulu saya rasa saya tidak boleh merasainya. Anak saya juga sudah banyak menikmati makanan dihotel kalau dulu ianya menjadi mustahil. Kami merasa seronok bila terasa berduit ini...dan tidak salahlah kenapa orang kaya terus mencari kekayaan kerana dia sudah menikmati apa yang tidak pernah dinikmati dulu...orang kaya akan terus berusaha untuk mengukuhkan empayarnya demi masa depan anak dan cucunya. Tapi kenapa dengan orang miskin masih rasa selesa dengan kehidupan mereka....sebenarnya apa yang ingin saya ceritakan ini adalah sebahagian dari kekecewaan saya terhadap mereka ini. Saya tinggal dikawasan yang ada penduduknya berpendapatan tinggi dan ada yang sederhana dan ada yang rendah pendapatannya. Golongan yang berpendapatan rendah ini pernah saya hulurkan bantuan dari segi peluang kerja...tapi saya kecewa dengan mereka kerana mereka tidak mahu melakukan tugas yang saya beri banyak alasan dan kerrenah mereka ini...susahlah, suami sakitlah, anak tak ada orang jagalah...dan bermacam-macam lagi alasan yang saya anggap ianya karut. Mereka ingin duduk rumah dan mengharapkan bantuan dari zakat dan kerajaan. Melihat dari segi bentuk fizikal dan mental mereka ini kuat dan masih boleh bekerja...tapi kerana seronok disuap mereka menjadi malas...dan benarlah kata-kata penjajah zaman pemerintahan MELAKA bahawa orang melayu ini pemalas, kerana itu kebanjiran pendatang dari China dan India terlalu banyak kerana mereka datang untuk bekerja tapi orang kita hanya mengharapkan bantuan....saya malu dengan sikap orang melayu sendiri. Saya benar2 tidak boleh mengubah pendirian mereka. Oleh itu saya mengajar anak saya untuk menjadi orang yang berjaya, orang yang tahu mengambil peluang dan tahu mengunakan peluang yang diberi. Benar hidup ini hanya sementara...semuanya ini tidak akan memberi apa2 makna nanti tapi dalam perjalanan menuju ke akhirat kita juga disuruh memajukan diri kita agar kita dapat membuat ibadah dan ibadat untuk dijadikan bekalan akhirat nanti...tapi kalau untuk menanggung diri dan keluarga sendiri tak mampu macam mana untuk berbakti kepada orang macam mana nak buat ibadah macam mana nak pergi haji? Jadi fikir-fikirkan...........

ORANG KAYA TERUS KAYA ORANG MISKIN TERUS MISKIN 2

Saturday, February 23, 2008

Orang Kaya terus kaya Orang miskin terus miskin

Ungkapan ini bagaikan terpahat dalam minda saya sampai bila-bila. Ianya benar-benar mengubah persepsi pandangan saya terhadap ungkapan ini untuk menjadi yang lebih baik.
Dulu saya juga pernah merasa bahang kemiskinan....saya asal orang senang tetapi setelah berkahwin dengan suami saya tak punya apa-apa. Kedua orang tua saya mengajar saya untuk terus berdikari. Saya keluar dari rumah ibubapa saya dengan membawa perabut bilik tidur saja. Saya sewa bersama beberapa orang adik beradik suami. Biasalah kalau dah ramai banyak cerita buruk dari baiknya. Maka untuk mengelakkan perbalahan berterusan saya dan suami berpindah ke rumah lain. Kami menyewa jauh ke pendalaman kerana sewanya murah dan ianya dekat dengan rumah yang kami beli tetapi belum siap lagi tika itu. Pada hari pertama suami membawa saya pulang kerumah sewa tersebut hati saya menangis kerana belum pernah saya merasa sesusah ini. Sudahlah ke dalam kawasan kampung, jauh dari segala kemudahan yang pernah saya rasai dan jauh pula dari rumah kedua ibubapa saya pulak. Sepanjang perjalanan saya menangis sambil memeluk anak kecil saya. Suami memujuk saya katanya ini untuk sementara kerana nanti bila rumah dah siap kami akan berpindah segera...kerana rumah yang kami beli hampir dengan pusat pembangunan. Saya cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung...alangkah sedihnya hidup ini . Saya memandang anak saya yang sedang lena tidur itu...saya bertanya pada diri sendiri saya bagaimanakah nasib dan masa depan anak saya sedniri...jika semuda ini dia sudah merasakan kesusahan.Hidup saya benar-benar susah ketika itu, duit dalam tangan pun tidak ada. Suami pergi kerja ke K.L. dengan hanya menaiki motor buruk yang selalu saja meragam. Untuk membaiki motor saja sudah makan duit dapur. Akhirnya saya terpaksa bekerja...kerja yang tak pernah terlintas difikiran saya tika saya remaja atau dibangku sekolah...kerja kilang. Saya bangun seawal pukul 5.00 pagi dan menghantar anak saya tika itu usianya baru 2 tahun ke Taska pada pukul 6.00 pagi. Anak saya tidak banyak kisah dia akan ikut apa yang saya katakan. Hantar keTaska dia tidak menangis pun...Alhamdulillah baik sungguh anak saya....tapi bila suami saya hantar dia akan menangis pulak. Pukul 3.00 petang saya akan menjemputnya di taska dan sepanjang hari dia akan tidur. Satu hari anak saya jatuh sakit....mulutnya penuh dengan keputihan, demamnya terlalu kuat saya terpaksa ambil cuti...doktor kata anak saya kurang minum air dan dia diberi ubat tidur. Patutlah bila tiap kali saya menjemputnya dia akan tidur sampai esok pagi. Saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja, saya tidak sanggup melihat anak saya dalam penderitaan.
Dia adalah harta dunia dan akhirat saya. Permata yang perlu saya jaga. Dan ini bermakna saya akan terus di tahap kemiskinan dan kesusahan. Saya pernah juga merasakan bagaimana perit dan malunya bila pulang saja dari rumah ibubapa saya pintu rumah sewa dikunci oleh pemilik rumah tesebut. Pemilik rumah itu pula bukanlah suami tidak kenal malah kawan suami sendiri. Ughh! Kejamnya mereka...kami cuma tertangguh tiga bulan saja. Itu pengalaman yang saya tak boleh lupakan sehingga kini. Akhirnya rumah kami siap...kami terus pindah kerumah baru kos rendah tika itu. Tak ada barang perabut masa tu....tak ada karpet...tak ada kerusi...tak ada meja makan, yang ada sebuah peti sejuk yang saya beli second hand, televisyen 14 inci dapur masak dua penunu dan perabut bilik saja. Saya tetap berasa bersyukur pada Tuhan kerana mengurniakan saya kehidupan yang indah ini ada suami dan seorang anak. Apabila anak saya sudah besar saya cuba mencari kerja...saya bekerja di hotel sebagai house keeping part time. Anak saya tinggalkan di taska berdekatan rumah. Tika itu dia sudah sekolah darjah satu. Anak saya jenis tidak menyusahkan orang. Dia tidak akan makan di rumah orang dia akan menunggu saya pulang dan makan bersama. Dia akan buat halnya sendiri. Saya mencari kerja tetap di hotel juga...sebagai linen attendan...saya mencari pengalaman-pengalaman baru. Saya bertukar ke tempat kerja yang lebih menarik gaji juga di hotel sebagai house keeping di tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur bertaraf 5++bintang. Disini saya bekerja bersungguh-sungguh demi anak saya. Setelah beberapa tahun saya bekerja dihotel saya melihat ada yang tidak enak dimata dan dihati saya terhadap sesetengah pengunjung. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berhenti dan menumpukan perhatian terhadap pembelajaran anak saya yang asyik tercicir kerana ketika saya dan suami bekerja di Kuala Lumpur saya terpaksa menghantarnya kerumah ibubapa saya di K.L. Bayangkanlah perjalanan dari Kajang ke Kuala Lumpur bermula pukul 6.00 pagi kerana ketika itu jalan highway ke Ampang belum siap. Ini bermakna kami terpaksa bangun dari pukul 5.00 pagi. Anak saya kesejukan sepanjang perjalanan ke K.L. dan akan kesejukan sepanjang perjalanan pulang yang kadang kala hari hujan dengan lebat disertai dengan petir, ketika itu kenderaan kami hanyalah motor buruk ......bersambung esok.

Tuesday, February 19, 2008

APABILA ORANG MELAYU BERNIAGA

Saya ingin meluahkan apa yang terlintas dihati saya tentang apabila orang melayu berniaga.
Saya sering menyuarakan isihati yang terpendam dan tersirat dihati saya mengenai perniagaan orang melayu dan apabila orang melayu berniaga pada teman yang sealiran. Apa yang ingin saya suarakan ini adalah melibatkan dalaman hati sesiapa juga yang bergelar orang melayu. Suatu ketika dulu saya dibangku sekolah dan diusia remaja tidak mengerti tentang apa yang dilalui oleh orang melayu yang berniaga walaupun sekali-sekala saya mendengar keluh kesah mereka , pada pendapat saya tika itu orang yang berniaga ini tentunya kaya raya. Lihatlah arwah bapa saya sendiri, walau belajar setakat darjah tiga, bekerja hempas pulas...pernah menjadi pemandu kepada seorang doktor, pernah membawa teksi namun bapa saya mempunyai keazaman untuk menjadi seorang usahawan. Berkat dari kegigihannya bapa saya memliki sebuah syarikat pengangkutan dengan dua bas dan sebuah teksi. Dua buah bas itu tugasnya mengangkut pekerja kilang. Hasil ketekunan bapa saya kami sekeluarga hidup senang, makan mewah, dan rumah besar...walaupun bapa saya pernah berkeluh kesah namun saya tidak pernah pedulikannya, kerana zaman saya tika itu zaman kanak-kanak yang hanya tahu belajar dan bermain. Tapi kini saya teringat arwah bapa saya terutama sekali diwaktu makan. Arwah bapa akan termenung seketika dan menarik nafasnya sedalam-dalam dan akhirnya melepaskannya dengan berat, seolah-olah yang didalamnya masih berat. Kini saya juga terikut-ikut cara bapa saya. Cuma saya kesal arwah bapa saya tidak mengajar saya bagaimana hendak bergerak dalam dunia orang perniagaan, yang bapa saya ajar adalah bersikap jujur dan selalu sembahyang sunat dhuha dan tahajjud. Hanya kepada Allah sahaja bapa saya bermunajat. Kini saya kian mengerti tentang dunia perniagaan ini. Nampak memang mudah bagi mereka yang tidak pernah menceburinya tetapi jika sudah mencuba terasa amat berat sekali. Terutama kepada orang melayu sendiri.
Orang Melayu berniaga terlalu sukar untuk menerima sokongan dari orang melayu sendiri. Apa yang ada di hati mereka adalah PHD(Perasaan hasad dengki) Saya tidak menafikan semuanya ini. Contohnya pada perniagaan saya sendiri. Saya berniaga dikalangan majoritinya adalah kaum bumiputra 100% tetapi apa yang menyedihkannya adalah 60% sahaja yang datang dan selebihnya mempromosi perniagaan bangsa Cina dan India yang terletaknya 1 km jauhnya dari kedai saya. Saya bukan hendak memburukkan bangsa Cina dan bangsa lain tetapi inilah kenyataannya. Apabila orang melayu membuat promosi percuma mereka cukup tersenyum lebar,kerana wang dari orang melayu akan mengalir kedalam poket mereka.
Yang tersepit adalah orang melayu sendiri. Tidak ada barang dari kedai Cina semuanya murah ada harga-harga yang tersembunyi yang orang melayu tidak tahu.
Seorang pelanggan saya juga seorang usahawan menceritakan pengalamannya berniaga dengan orang melayu amatlah menyedihkan kerana orang melayu tidak akan menolong orang melayu sendiri. Katanya lagi satu taukeh cina pernah memberitahunya bahawa orang melayu ini bodoh kerana suka bergaduh sesama sendiri...cuba tengok cina berniaga saling tolong menolong, india saling tolong menolong ,acheh juga tolong menolong dan juga bangsa asing yang lain tapi kalau orang melayu berniaga mereka akan bomohkan mereka...jatuhkan mereka....taburkan fitnah keatas mereka dan akhirnya peniaga melayu akan tutup kedai...siapa yang bertepuk bangsa asing juga.
Saya kesal dan kecewa kerana sikap orang melayu kita yang terlalu berkira dengan sesama bangsa. Bagaimana orang melayu ingin naik dan maju kalau bangsanya sendiri tidak mahu membantu. Sebenarnya dunia perniagaan ini bukanlah mudah. Adakalanya waktu rehat kami juga terbatas. Melihat orang lain bercuti dan melancong timbul rasa irihati. Melihat mereka duduk senang lenang dirumah juga rasa cemburu. Kerana orang seperti kami yang berniaga ini jarang mendapat cuti. Kalau cuti tidak adalah duitnya. Bagi kami tiada rehat yang panjang.
Saya tidak nafikan ramai yang lain sudah berjaya tapi tanyalah dulu pengalaman mereka yang menyedihkan. Orang Melayu berniaga yang berjaya adalah kerana jati diri mereka yang kuat dan kental. Ingin memecahkan tradisi kemiskinan dan trade mark yang mengatakan orang melayu tidak akan berjaya. Ingin membukakan mata masyarakat yang sering memandang hina dan ingin merebut peluang diatas bumi sendiri. Berilah sokongan yang padu kepada kami orang Melayu yang ingin berniaga secara jujur dan ikhlas. Berikan orang Melayu yang berniaga ruang untuk berjaya, kerana duit yang dihulurkan kami juga membuat sedekah amal jariah kepada mereka yang memerlukan. Ini bermakna sambil kami berniaga kami juga bersedekah dari duit yang kami terima, kerana setiap bahagian yang kami terima ada yang berhak menerimanya.

Monday, February 11, 2008

Dimanakah Malunya seorang Gadis Melayu

Saya terbaca Harian Metro tentang budak Sekolah Perempuan bergaduh dan bertumbuk tanpa rasa segan dan silu di Sekolah yang terletak di negeri Terengganu. Saya menonton YOUTUBE untuk menyaksikan adengan itu. Ugh! Sungguh memalukan dan menyedihkan kerana sekecil itu mereka sudah menunjukkan sikap kebiadapan mereka. Mana perginya sikap malu dan sopan mereka? Mana perginya sopan santun gadis Melayu?
Berkali-kali saya menonton pergaduhan itu untuk melihat aksi bodoh mereka tapi apa yang saya temu hanya kerana sikap mereka yang ingin menunjukkan kekuatan didepan teman-teman yang menjadi penyumbang zat kekuatan mereka tatkala itu. Hilang sikap kegadisan mereka, hilang sikap malu mereka, hilang sikap hormat orang terhadap mereka ,maka tercalitlah arang dimuka ibubapa mereka, maka tersebarlah nama ibubapa mereka yang dikatakan tidak pandai mendidik anak, maka malulah siibu bapa ini untuk menyorong muka menyusuri jalan untuk mencari rezeki kerana mendengar bisikan-bisikan yang menyakitkan telinga kerana perbuatan bodoh sianak ini tadi. Maka terkeluarlah dari mulut sibubapa ini "kalaulah aku tahu ginilah jadinya bila dah besar ...kecil-kecil lagi dah ku pijak kasi mati" luah sibu bapa penuh penyesalan tetapi sianak ini buat bodoh malah lagi banyak perbuatan keji yang akan dilakukan kerana sekecil ini sudah pandai menunjukkan taring apalagi bila dah besar. Salah siapakah semuanya ini yang mengubahkan cara kelakuan hidup anak kita? Jangan salahkan sesiapa tetapi salahkan diri sendiri kerana tidak tahu bezakan yang buruk dan baik....salahkah diri sendiri kerana mudah diasak pujian yang melambung mengatakan "Lu hebat....gua respect" salahkan pada diri sendiri kerana lupa pada diri sendiri yang anda itu seorang gadis yang penuh kelembutan...dan salahkan pada diri sendiri kerana kurang pegangan agama. Pada gadis-gadis remaja...jagalah maruah, harga diri dan kesopanan kerana itulah harta yang paling berharga yang akan dibawa dalam peti emas hingga bila-bila dan kemana-mana. Berikan ibubapa senyuman yag mengembirakan hati mereka agar mereka dapat menjalani hidup ini dengan tenang. Kasihanilah mereka yang bersusah payah membesarkan kita sehingga kita membesar dengan sempurna tanpa cacat celanya. Jadilah anak yang penuh keimanan kerana itulah kemanisan hidup yang sebenarnya.

Selamatkah Kita Di Bumi Sendiri

Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini saya mengajak suami ke Mydin di Bangunan Cahaya Suria di Kuala Lumpur untuk membeli barang keperluan. Lebih kurang lagi 50 km ke Mydin kereta suami melalui jalan menyusuri Ke Mydin yang dipenuhi dengan pelbagai bangsa terutamanya dari Bangladesh, Myanmar , Indonesia dan lain-lain lagi...memang Malaysia ini negara yang majmuk. Terasa pula bagaikan tidak berada di bumi sendiri. Sedang menyusuri jalan tersebut saya dikejutkan adengan kejar-mengejar dan tendang-menendang bagaikan melihat dalam filem. Bangsa Indonesia bergaduh dan bertumbuk dengan bangsa Myanmar, ramai yang menonton dan tatkala itu saya menjadi takut ...takut mereka bergaduh kami kena tempiasnya. Saya mengajak suami saya balik tapi suami kata di Mydin nanti okaylah. Saya meminta suami jadi bodyguard , saya benar-benar takut ...saya rasa dah tak selamat lagi disini. Kalau dulu masa gadis saya boleh jalan seorang diri tanpa rasa takut dan bimbang di tengah bandaraya tapi kini saya menjadi takut dan fobia dengan bangsa asing yang terlalu ramai. Kebanjiran mereka yang terlalu ramai ini sehingga menyesakkan bandaraya menjadikan kita peribumi disini macam tidak wujud lagi.
Kita bagaikan memberi ruang dan tempat untuk mereka sehingga kita sendiri sanggup beralih tempat. Ini menjadikan mereka lebih berkuasa sehingga hendak bertumbuk dan bergasak tidak ada perasaan takut atau bimbang ditangkap. Jelaslah penduduk Malaysia ini terlalu baik hati sehingga penduduk dah naik tocang. Seringkali saya bertanya pada diri sendiri Selamatkah kita dibumi sendiri? Selamatkah anak-anak kita tatkala bermain di taman yang dibanjiri pedatang asing yang tidak tahu tentang keperibadiannya? Dimanakah peranan kerajaan dalam menangani kebanjiran bangsa asing?. Tolonglah jangan biarkan bumi kita dijajah dan dirampas oleh bangsa asing. Pertahankan hak kita...pertahankan tanah peribumi milik kita jadilah rakyat yang sayang dan cintakan negara sendiri.
Kita perlu menjaga keharmonian bumi kita. Ini tanah kita...kita tak punya tanah lain selain di Malaysia. Malaysia sebuah negara yang indah dan aman satu ketika dulu...jangan biarkan ianya rosak oleh tangan-tangan yang lain. Janganlah kita leka dan asyik menjalankan perhimpunan haram untuk membidas kerajaan tapi kita cari jalan dan berganding idea bagaimana hendak menangani bangsa asing yang terlalu ramai , kitalah sepatutnya membantu Malaysia bukan hanya menunding jari mencari kesalahan orang hanya kerana tidak kepuasan pada sesetengah politik. Kesian adik Sharlinie sehingga sekarang tidak ke temu...malah bukan adik Sharlinie sahaja malah adik-adik kita yang dilaporkan hilang bertahun-tahun sehingga sekarang tidak ketemu juga bagaimana nasib mereka kita pun tidak tahu. Kebanjiran warga asing menjadikan kita tidak selamat lagi dibumi kita. Pada Kerajaan saya sebagai rakyat Malaysia merayu janganlah terlalu lembut dengan mereka. Kita ambil contoh dasar kepimpinan negara lain yang tegas dengan undang-undang. Jadikan negara kita aman dan makmur sehingga pelancong rasa selamat melancong di negara biarkan mereka pulang membawa kenangan manis bukan kenangan yang menyakitkan. Sekali lagi saya bertanya pada diri sendiri "Selamatkah kita di bumi sendiri?"

Friday, January 11, 2008

Benarkah Kita Merempat Di Bumi Sendiri?

Saya terpanggil untuk menulis lagi dilaman blog saya sendiri...sebenarnya saya sudah lama meninggalkan laman blog saya kerana no idea!...terlalu sibuk dengan masalah perniagaan dan melayani kepulangan putera saya yang sedang bercuti tika itu. Saat-saat bersamanya adalah paling berharga buat saya kerana dia akan kembali semula ke Miri untuk selama 6 bulan tanpa ada cuti lagi. Pastinya saya merinduinya...itulah naluri dan kasihnya seorang ibu.

Kali ini saya menulis dengan membawa cerita yang pastinya semua orang maklum tentang keadaan perniagaan bumiputra kecilan seperti saya sekarang ini. Semalam saya membaca akhbar Utusan Malaysia tentang seorang penulis yang pinjamannya yang dipohon di ....Kami bukan Ah Long tapi Kami Nak Tolong masih tiada jawapan lagi. Sebenarnya saya juga mempunyai pengalaman nak buat pinjaman....pengalaman yang serik tapi masih ingin mencuba lagi. Kita dengar Kata kerajaan "mereka akan membantu usahawan-usahawan bumiputra dalam memajukan perniagaan...bantuan akan diberi berbentuk pinjaman...semua bank-bank akan diberi peruntukan untuk membantu usahawan" tapi apa yang terjadi adalah menghampakan. Panjatlah bank sana bank sini...ada yang tampal logo mikro tapi bila tanya untuk yang tertentu saja...ada yang mengatakan kami tak buat pinjaman untuk usahawanlah dan bermacam-macam lagi alasan yang mereka berikan. Sikap mereka boleh membunuh semangat untuk berniaga. Dan tumbuhlah pula akauntan2 palsu yang kononnya boleh menolong dalam membuat paper work hulur sajalah duit nanti lulus dalam 2 minggu...kononnya ...akhirnya usahawan juga kena tipu...mujur saya tak tertipu. Bukannya sikit duit yang mereka minta....dan banyaklah pula saya dengar kalau nak lulus loan 2 minggu bagi sekian..sekian duitnya nanti lulus bagi lagi 10%....mak oii kalau 50,000 bagi lagi 5,000 ini bukan nak tolong ini namanya nak tanam kita hidup2 yang buat kerja itu adalah orang dalam bank itu sendiri...ataupun kata beri mereka duit 'undertable' barulah loan lulus. Saya angkat tangan! Biar saya tak dapat loan ...untuk 'undertable' saya tak mau...nanti risikonya pada perniagaan saya hanya Tuhan saja yang tahu. Saya ingin berniaga dengan duit yang berkat untuk saya beri keluarga saya makan dan untuk mereka juga sebagai pelanggan saya juga kena ambil kira puncanya biarlah dari yang halal. Kini saya sedang menunggu kelulusan loan saya dari BSN pinjaman Mikro rasanya hampir empat bulan tapi jawapan masih tiada lagi. Dulu dalam TV1 bercakaplah pengarah BSN bahawa Pinjaman Mikro ini diberikan pada usahawan...makcik yang berniaga tepi jalan pun boleh buat pinjaman lulus 5 hari tapi sekarang ni mana kebenarannya saya dah ada premis yang disewa dah ada pelangggan dah ada permintaan dan pesaingan tapi habuk pun tarak....memang jelaslah mereka ini hanya tahu duduk dalam bilik hawa dingin dan bercakap dan mengarut seperti budak yang tidak ada pelajaran dan pengalaman. Tapi alangkah terkejutnya saya bila membaca sebuah akhbar yang TESCO mendapat pinjaman yang mencecah ratus juta dari sebuah institusi kewangan bagi membuka dan melembarkan sayapnya di bumi Malaysia. Mereka TESCO tersenyum bangga tapi usahawan bumiputra menangis melihat impian terhempas dalam menyaingi TESCO dan akhirnya kita seperti melukut ditepi gantang dan merempat dibumi sendiri. Inikah yang dikatakan ingin membantu usahawan bumiputra. Bukan saya seorang yang terluka malah beribu lagi diluar sana merasakannya. Inginkah kerajaan melihat usahawannya mengemis dibumi sendiri? Sedangkan bangsa asing mengaut keuntungan utuk dibawa pulang ke negara mereka. Apa yang ada pada kami setelah semuanya dikaut oleh bangsa asing....apa yang hendak kita bekalkan kepada anak kita nanti untuk menjadi usahawan berjaya.... ternyatalah pihak institusi kewangan ini tidak mengkaji lebih mendalam lagi...yang dikaji bagaimana untuk menjadi kaya raya dari ikan-ikan jerung ini untuk masuk poket sendiri. Maaflah saya mengatakan demikian...siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Sebagai rakyat Malaysia yang keluar mengundi saya menuntut hak saya agar saya juga diberi pinjaman untuk perniagaan saya...saya akan terus mencuba....selagi saya masih belum putus asa...tapi demi anak yang sedang meningkat bakal menjadi usahawan saya akan memperjuangkan hak saya...itu janji dan ikrar saya! Saya tidak mahu mensia-siakan undi saya dan hak saya sebagai bumiputra....dan saya tidak mahu menjadi pengemis di bumi sendiri! Tanpa kita siapalah KERAJAAN!

Selamat Tahun baru 1429!

Selamat Tahun Baru 1429.
Saya mengharapkan agar tahun 1429 ini membuka lembaran baru dalam kehidupan saya dan juga pembaca yang dihormati. Di malam yang dingin dalam menjelangnya tahun 1429 saya kembali membuka diari-diari lama untuk dibaca dan dibuat ingatan agar saya tidak tersilap dalam mengatur langkah kehidupan ini. Sesungguhnya hidup yang saya lalui ini penuh dengan lingkaran yang berduri dan seringkali mencucuk kaki saya sehingga luka berdarah dan bernanah. Betapa laluan ini terlalu perit dan kejam...

Saya mengharapkan kejayaan akan berbunga segar pada tahun ini. Saya mengharapkan saya beroleh kemenangan dalam meneruskan perjuangan dalam dunia perniagaan saya ini. Saya mengenggam sekuat-kuatnya hati saya dan melaungkan pada dunia ini yang saya akan berjaya pada tahun ini. . Saya menangis berhari lamanya kerana takut dengan kehidupan ini kerana saya terlalu mentah dalam perniagaan ini. Saya dicaci dan dihina kerana percubaan saya dalam bidang perniagaan. Saya jadikan kata hinaan mereka sebagai tangkal untuk saya berjaya. Saya jadikan doa mereka untuk melihat saya jatuh sebagai vitamin minda saya dan saya berjanji yang saya akan bayar semula airmata yang tertumpah dimuka bumi Tuhan ini dengan senyuman kejayaan.

Saya akan menjadi orang yang berfikiran positif dan bertindak positif seperti kata en. mohd shueqry dalam emailnya terhadap saya. Kata-kata motivasi yang diemailkan kepada saya , saya jadikan fail motivasi untuk saya baca...dan saya juga buat satu untuk anak saya untuk dibawa ke Miri Sarawak. Saya tahu anak saya juga memerlukkannya...saya ingin anak saya menjadi orang yang berguna dan bijak menyelesaikan masalahnya sendiri. Saya akan berfikiran BESAR seperti yang disarankan Donald Trump. Saya ingin berjaya seperti Donald Trump. Memiliki segalanya. Saya jadikan dia Mentor saya. Yang pasti saya ingin berjaya sepertinya.
Saya tidak mahu hidup dalam kesusahan dan kepedihan serta dalam kehinaan. Saya ingin hidup dalam kejayaan agar saya dapat melalui hidup ini dengan tenang dan kesyukuran. Saya ingin menunaikan Haji dan Umrah bersama keluarga, saya ingin melancung ke Rom kota yang penuh sejarah , Paris bandar penuh kecintaan, London bandar yang cantik, India dengan Taj Mahalnya dan banyak tempat yang saya ingin bersama keluarga saya. Kerana itu saya perlu bekerja kuat dan mempunyai matlamat dan azam untuk berjaya...doakan saya untuk berjaya. Saya juga ingin sekali membantu anak-anak yatim ...hati saya terusik mendengar kerinduan mereka terhadap kedua ibubapa mereka....tentang keinginan mereka bersama keluarga...tetapi siapalah saya kerana untuk keluarga saya pun saya masih belum mampu....namun saya telah memulakan sedikit demi sedikit untuk mendekati mereka. Semuga Tuhan mengkabulkan permintaan ini.

Untuk pembaca yang merasa sedih,kecewa dan hampa ingatlah bahawa saya juga telah melalui jalan hidup ini lebih teruk dari apa yang saya ceritakan ini namun saya bersyukur kerana Tuhan sentiasa menunjukkan saya jalan yang lurus dan diredhai. Saya sentiasa berdoa siang dan malam agar saya diberi petunjuk jalan keluar pada masalah ini. Ingatlah Tuhan tidak akan mengubah hidup kita jika kita sendiri tidak mahu mengubahnya. Tanamkan semangat untuk BERJAYA. Dimalam yang hening ini saya menghirup aura-aura positif yang ada dilangit dan dibumi dan saya lepaskan aura-aura negatif yang ada dalam hati, diri dan liang-liang roma saya.
SAYA INGIN BERJAYA! SAYA INGIN BERJAYA! SAYA INGIN BERJAYA! Itulah yang saya laungkan sekuat hati saya agar ianya bergema dan memantul semula kepada saya. KUATKAN SEMANGAT DAN JADILAH ORANG YANG BERFIKIRAN POSITIF DAN BERJAYA.