Monday, June 16, 2008

Salam Sejahtera Buat Semua

Agak lama memencilkan diri...mungkin merajuk pada alam sekeliling yang kian lama kian kejam dan merejamkan diri dan hati ini. Namun kata-kata motivasi dari shueqry dan mohd suhaimi serta the simple dollar dan juga kata-kata dari Dale Carnegie yang sering kali meniup semangat yang hampir layu dan pudar.

Kadang-kadang rasa hidup ini terlalu membebankan dan kadang kala ianya hampir membunuh. Terlalu sukar untuk mengukir senyuman disaat hati dilanda badai tsunami ini. Namun hari-hari itu jugalah kata-kata motivasi bagaikan tidak jemu menyirami hidup ini agar terus bangkit melawan segala yang mendatang ini. Tepis!Tepis! dan Tepis sehingga saya mampu mengharunginya. Saya kembali berdiri dengan gagahnya. Saya perlu meneruskan hidup ini walau sesukar mana pun. Saya masih beruntung kerana masih cukup sifat dan sikapnya. Saya patut bersyukur kerana selain saya ada lagi yang lebih payah hidupnya. Dan kerana itu saya mengangkat kedua tangan mengucap kesyukuran kepada Illahi yang masih menyayangi saya. Dugaan yang diberi adalah kasih sayangnya kepada saya.

Kesimpulannya saya terus menghargai hidup ini selagi Tuhan memberikan nyawa kepada saya. Hidup ini adalah pinjaman...akhirat jua yang berkekalan. Kerana itu saya harus tabah dan terus tabah pasti saya beroleh kejayaan dan setiap masalah yang datang pasti ada jalan penyelesaian oleh itu saya sering mengingatkan diri saya bahawa hidup ini adalah teka-teki kita kena bijak menyelesaikannya. Dan tidak ada yang lebih indah dari sucinya Kasih Pada Illah.

No comments: