Sunday, February 24, 2008

ORANG KAYA TERUS KAYA ORANG MISKIN TERUS MISKIN 2

bersambung cerita semalam.......
Saya tidak sanggup melihat semuanya ini airmata saya berderai tiap kali melihat anak saya tidur dalam kesejukkan tika perjalanan pulang . Saya memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran anak saya yang banyak tercicir itu dan suami membuat dua kerja satu kerja dipejabat dan malamnya dia akan membawa teksi hampir dinihari baru pulang dan perjalanan hari esok tetap sseperti biasa hingga beberapa tahun. Kesempitan ini mengajak saya memasuki dunia MLM....saya mencubanya kerana ghairah mendengar dan melihat mereka mempunyai wang yang beribu2 setiap bulan. Datang rasa cemburu tika itu. Saya mencuba nasib. Saya dihantar untuk kursus kepimpinan sebagai ketua. Dalam kursus itu kami diajak untuk kembali merenung kehidupan yang pernah kami lalui dan kami diajar untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Kami diajar untuk bercerita tentang pengalaman kehidupan yang paling menyedihkan dan apa yang ingin kita ubahkan, kerana Allah sendiri berfirman Dia tidak akan mengubah nasib seseorang jika mereka tidak mengubahnya sendiri. Kami diajak bertafakur dan melaungkan keazaman untuk berubah...kami menangis dan menangis dan kami ingin keluar dari kepompong kemisikinan. Dan dari titik itulah permulaan saya melangkah keluar dari kemiskinan. Saya menangis sepanjang perjalanan pulang dari kursus itu. Saya berjanj akan mengubah haluan hidup saya...saya tidak mahu hidup dalam kemiskinan lagi. Saya ingin menjadi seperti lebah yang keluar mencari madunya dan membuat sarang yang besar dan besar. Bermula dari saat itu saya mula berniaga...alhamdulillah berkat kemahuan dan lonjakan dari dalam diri yang inginkan kemajuan akhirnya saya dapat membuka sebuah syarikat. Saya tidak nafikan syarikat saya bermula dari kecil-kecilan...saya mula membesarkan perniagaan mengikut permintaan dari pelanggan dan membuat pusingan modal dari keuntungan yang saya dapat. Saya bermula dari bawah saya belajar dari kesilapan dan kelemahan. saya banyakkan membaca dan bergaul dengan teman-teman seperjuangan yang terdiri dari kaum lelaki dan pelbagai bangsa. Saya jadikan diri saya kecil dan tidak mengerti apa-apa. Akhirnya saya mengutip setiap ilmu dan idea dan saya bancuhkan menjadi satu kejayaan. Sehingga kini saya terus belajar dan saya tidak pernah mengubah konsep pemikiran bahawa saya ketua saya berhak mengarah orang...itu tidak pernah terlintas difikiran saya. Saya bos sayalah kuli. Pakaian saya juga ala kadar...kenderaan saya masih juga kancil tapi saya mempunyai perancangan untuk mengubah kehidupan saya. Saya kini dapat merasakan naik kapal terbang kalau dulu tak terlintas difikiran saya yang saya boleh naik kapal terbang memandangkan kehidupan saya yang miskin dulu. Kini saya boleh menikmati percutian dihotel-hotel yang satu ketika dulu saya rasa saya tidak boleh merasainya. Anak saya juga sudah banyak menikmati makanan dihotel kalau dulu ianya menjadi mustahil. Kami merasa seronok bila terasa berduit ini...dan tidak salahlah kenapa orang kaya terus mencari kekayaan kerana dia sudah menikmati apa yang tidak pernah dinikmati dulu...orang kaya akan terus berusaha untuk mengukuhkan empayarnya demi masa depan anak dan cucunya. Tapi kenapa dengan orang miskin masih rasa selesa dengan kehidupan mereka....sebenarnya apa yang ingin saya ceritakan ini adalah sebahagian dari kekecewaan saya terhadap mereka ini. Saya tinggal dikawasan yang ada penduduknya berpendapatan tinggi dan ada yang sederhana dan ada yang rendah pendapatannya. Golongan yang berpendapatan rendah ini pernah saya hulurkan bantuan dari segi peluang kerja...tapi saya kecewa dengan mereka kerana mereka tidak mahu melakukan tugas yang saya beri banyak alasan dan kerrenah mereka ini...susahlah, suami sakitlah, anak tak ada orang jagalah...dan bermacam-macam lagi alasan yang saya anggap ianya karut. Mereka ingin duduk rumah dan mengharapkan bantuan dari zakat dan kerajaan. Melihat dari segi bentuk fizikal dan mental mereka ini kuat dan masih boleh bekerja...tapi kerana seronok disuap mereka menjadi malas...dan benarlah kata-kata penjajah zaman pemerintahan MELAKA bahawa orang melayu ini pemalas, kerana itu kebanjiran pendatang dari China dan India terlalu banyak kerana mereka datang untuk bekerja tapi orang kita hanya mengharapkan bantuan....saya malu dengan sikap orang melayu sendiri. Saya benar2 tidak boleh mengubah pendirian mereka. Oleh itu saya mengajar anak saya untuk menjadi orang yang berjaya, orang yang tahu mengambil peluang dan tahu mengunakan peluang yang diberi. Benar hidup ini hanya sementara...semuanya ini tidak akan memberi apa2 makna nanti tapi dalam perjalanan menuju ke akhirat kita juga disuruh memajukan diri kita agar kita dapat membuat ibadah dan ibadat untuk dijadikan bekalan akhirat nanti...tapi kalau untuk menanggung diri dan keluarga sendiri tak mampu macam mana untuk berbakti kepada orang macam mana nak buat ibadah macam mana nak pergi haji? Jadi fikir-fikirkan...........

No comments: