Egois Seorang Lelaki
Kata kau......
kata seorang isteri jarang ada
kebenarannya
Kata kau lagi......
Amat sukar bagi seorang lelaki
Mendengar kata seorang isteri
Kata kau lagi......
Kata seorang isteri penuh dengan emosi
Terlalu sukar untuk difahami
Kerana itu ....
kau tidak mahu mendengar kataku
Kata ku ada kebenarannya
Kta ku tidak pernah dibohongi
perasaan
Kataku diperhalusi sedalam-dalamnya
Kataku ikut bicara alam
Kataku ikut kebenaran kata hati
Yang telah dianugerahi Illahi buat
seorang isteri
Namun.......
Egois mu menutup kebenaran ini
Egoismu melingkari seluruh bicara ini
Egoismu menafikan hak
kata seorang isteri
Dan...
Akhirnya egoismu
Berjaya membungkami mulutku
Dari terus berkata tentang
kebenarannya
Anina Sahal
Kajang
Sajak ini telah disiarkan dalam Majalah URTV 15 OGOS 2006
No comments:
Post a Comment