Saturday, June 16, 2007

MEMBANGUN KUASA - PERCAYA DALAM DIRI

1. Hendaklah sentiasa bersikap dan berfikir secara positif pada sebarang waktu dan dalam sebarang situasi . Lafazkan ungkapan dan kata-kata yang optimistik. Letakkanlah kepercayaan yang padu disebalik ungkapan dan kata-kata tadi. Ungkapan tersebut seperti "Aku mesti berjaya!", "Aku percaya penuh pada diri dan kebolehan ku...." dan sebagainya yang positif.
Tidak ada perkataan yang" tidak boleh" dalam kamus kehidupan . Sentiasa berfikir aku boleh.
2. Tentukan matlamat yang hendak dicapai atau dituju. Jangan sekali membenarkan fikiran dan kepercayaan anda diganggu oleh kegagalan-kegagalan yang lalu. Kita selalunya mempunyai potensi-potensi yang lebih banyak serta lebih kuat daripada apa yang kita sangkakan. Kejayaan tidak memerlukan intelek yang luar biasa. Orang-orang yang berjaya bukanlah orang -orang yang luar biasa. Juga kejayaan bukanlah bergantung pada nasib. Orang yang semata-mata bergantung kepada nasib untuk berjaya adalah orang yang menipu dirinya sendiri. Konsep berjaya yang sebenar memerlukan seseorang itu berfikir,merancang,berusaha dan bertindak. Inilah konsep berjaya yang sebenar.
3. Setiap orang pernah mengalami kegagalan dan pernah melakukan kesilapan. Jangan sekali-kali kita menyerah kalah dan hilang kepercayaan diri semata-mata disebabkan kegagalan dan kesilapan yang lampau. Ingatlah tidak ada orang yang sempurna segala-galanya. Ingatlah dari kegagalan dan kesilapan itulah kita akan muncul sebagai orang yang berjaya. Sebenarnya di dalam diri setiap manusia terhimpun suatu tenaga yang luar biasa. Tenaga yang luar biasa itu sentiasa menawarkan khidmatnya bila-bila masa sahaja untuk memenuhi apa sahaja hajat,cita-cita, usaha-usaha dan tindakan positif dan berani.
4. Jangan gentar, jangan ragu ...gambarkan matlamat perjuangan anda itu seolah-olah anda nampak yang anda sedang menuju ke mercu kejayaan.Cuma yang perlu disesuaikan ialah kepercayaan dan keyakinan kita itu mestilah diletakkan dibawah kekuasaan Allah s.w.t. yang mempunyai kuasa yang absolute dalam menentukan qadar dan qadha seseorang itu. Yang penting kita ada matlamat atau goal yang hendak dicapai....ianya mestilah jelas dan munasabah pada akal dan kemampuan kita. Kemudian sediakanlah rancangan dan strategi dengan sebaik-baiknya.

1 comment:

NazRism said...

Tips pergi melancong dgn harga murah .... layari http://www.viewmalaysia.com/index.php?ref=nazrism