Tuesday, September 11, 2007

Bercerita Tentang IKBN

Saya selalu tertanya kenapa IKBN sering dipandang rendah oleh sebilangan orang. IKBN adalah sebuah Institut Kemahiran Belia Negara yang dibawah naungan kerajaan. Saya bukanlah orang kerajaan yang ingin membodek kerajaan tetapi saya adalah rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan. Berbalik pada kisah IKBN, saya amat berterima kasih kepada kerajaan yang menyediakan institut seperti ini. Dengan adanya institut seperti ini maka banyaklah peluang bagi mereka untuk belajar kemahiran-kemahiran yang disediakan.

Dulu semasa anak saya baru saja terima keputusan SPMnya, saya tidak pernah terfikir untuk menghantarnya ke kolej-kolej swasta. Saya hanya terfikir untuk menghantarnya ke IKBN, maklumlah anak lelaki dia perlu belajar kemahiran untuk membina kehidupannya, jika mengharap pada akademik saya bimbang satu hari nanti dia akan menjadi penganggur disaat anak-anaknya meningkat dewasa. Saya tidak mahu pekara ini berlaku dalam hidupnya apa lagi dunia yang akan datang lagi kasar belanja dan kehidupannya. Kehidupan mereka terus maju tanpa kemahiran mereka tidak boleh membuat apa-apa jenis perniagaan dan pekerjaan.
Saya nekad untuk menghantar anak saya ke IKBN, kerana saya tahu IKBN mempunyai displin yang agak tegas, mereka juga disediakan asrama , makanan dan minuman tempat belajar yang selesa dan guru yang berpengalaman dan bertauliah dan sijil mereka diiktirafkan oleh Kerajaan itu yang penting...kerana itu saya tetap akan menghantar anak saya ke IKBN....jurusan apa?.....saya tidak kisah asalkan dia ingin belajar di IKBN. Alhamdulillah anak saya berminat dan memilih jurusan Hospitality...satu jurusan yang dapat menjaminkan masa depannya dan serta itulah minatnya kerana dia bercita-cita ingin memiliki sebuah restoran .

Apabila ditanya oleh rakan-rakan saya ingin menghantar anak ke kolej mana? Saya hanya menjawab ke IKBN. Mereka seakan memperkecilkan tentang itu. Tapi saya tidak pedulikan kata mereka lagipun saya tidak mampu untuk membayar kos perbelanjaan di kolej swasta yang menelan beribu ringgit dan saya juga tidak mahu membebankan anak saya dengan hutang pengajiannya. Saya ingin dia belajar dengan tenang dan memiliki sijil dengan usahanya sendiri. Lagipun fikir saya untuk apa membazirkan duit menghantar mereka ke kolej belum tahu sijil mereka itu diiktirafkan atau tidak kerana perkara ini telah berlaku pada anak buah saya sendiri, belajar diploma di kolej swasta beribu ringgit dan hampir tiga tahun tapi sijil tidak diterima oleh mana-mana jabatan kerajaan dan swasta...kesian akhirnya terpaksa belajar lagi sekali di sebuah kolej yang ada LAN. Bukankah itu menganiayai mereka yang benar-benar berminat untuk belajar. Dan saya hairan juga kenapa para ibubapa masih ingin menghantar anak mereka ke kolej -kolej swasta walaupun masih menyedari mereka tidak mampu untuk membayarnya.

Kini hampir empat bulan anak saya belajar di IKBN Miri. Pemergiannya disana semuanya ditanggung oleh kerajaan baik dari segi tiket penerbangannya dan penginapan serta makan dan minumannya sepanjang pengajiannya. Yurannya juga murah malah diberi elaun belanja bulanan lagi. Tidakkah mereka rasa beruntung. Saya bertanya pada anak saya mengenai pembelajaran disana, katanya agak tegas sedikit. Mereka juga diberi assingnment untuk disiapkan, pembelajaran mereka juga dikira point. Mereka juga diberi kursus Bahasa Inggeris dihujung minggu. Peralatan dapur mereka juga mewah semuanya berjenama Itali, tidakkah mereka masih rasa beruntung.

Kebanyakkannya kata anak saya yang masuk ke IKBN ini semuanya terdiri dari anak-anak orang berada dan ada juga yang kurang berada. Hah! Cuba bayangkan mereka yang mampu juga masih ingin menghantar anak mereka ke IKBN kerana mereka tahu menilaikan pemberian kerajaan. Yang penting adalah sijil Kerajaan yang diiktiraf itu. Tetapi kenapa mereka yang tidak mampu itu tidak mahu merebut peluang yang ada, kasihanilah bapa anda yang terpaksa berhempas pulas mencari duit untuk membayar wang pengajian anda tetapi akhirnya sijil anda tidak diiktirafkan...tidak kesiankah anda pada bapa anda yang sedang tua itu.... pada remaja yang tercari-cari hendak belajar ke mana cuba-cubalah mencari tentang pengajian yang dibawah naungan kerajaan seperti Kolej Polytech. IKM IKBN GIATMARA dan lain-lain lagi...sekurang-kurangnya jimat duit bapa kita dan mudah juga kita mendapat kerja fikir-fikirkanlah.....

3 comments:

faatiin89 said...

terbaik. tak seharusnya pandang rendah kepada lulusan kemahiran & vokasional kerana mereka inilah juga yang akan membantu memajukan negara :)

faatiin89 said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saya pun berkelulusan IKM tapi income saya mengalahkan mereka2 yg ada degree or master...bkn nak mendabik dada tapi itulah realiti masa kini saper2 yg punya technical memang senang nak dpt kerja dan boleh memilih kerja lagi tgok mana yg bagi gaji lebih..pd anak2 yg masok ke mana1 pusat technical buatlah yg terbaekk sbb bila keluar nanti byk ruang dan peluang yg menunggu kamu nanti..