Monday, September 17, 2007

Sajak .....Untuk Lelaki Bergelar Suami

UNTUK LELAKI BERGELAR SUAMI

Disini….
Sepasang mata
Memerhati betapa abstrak-abstrak dosa tercipta
Antara pasangan kekasih yang yang sudah dimiliki
Dengan lafaz setia didepan tok kadi dan bapa mentua

Disini…..
Sepasang mata memerhati betapa mereka leka
Menganyam dosa-dosa cinta atas nama kesetiaan isteri
Yang setia menanti di mahligai kaca

Disini jua…..
Bagaikan terdengar rengek tangisan si anak-anak
Merindui si bapa yang jauh di mata dan airmata siisteri
Menitis bagaikan berlian menahan sabar atas kerinduan yang tak terperi

Hadiah apa yang kau bawa pulang untuk si anak?
Cenderahati apa yang akan kau berikan untuk si isteri pula?
Apakah dengan memberi mainan cukup menutup kepuraan seorang ayah?
Apakah dengan sehelai tudung sutera unggu cukup menutup kecurangan mu?
Terhadap isteri yang menyambut kepulangan mu dengan doa dan syukur kerana kau selamat pulang

Masih disini…
Aku menyaksikan episode terakhir seorang suami
Yang menghadiahkan si isteri sebuah penyakit yang hanya
Mati saja pengubat derita
Melihat si anak meratap hiba bakal kehilangan ibu tercinta
Akibat perbuatan si bapa yang durjana

Disini….
Ingin aku bertanya pada lelaki yang bergelar suami itu
Dosa apakah isterimu?
Dosa apakah anak-anakmu?
Sehingga begitu sekali tamparan mu terhadap mereka






Namun …
aku masih disini
Menyaksikan kesetiaan seorang isteri
Walaupun nyawa dihujung tali masih mencium tangan suaminya
Minta restu untuk pergi menghadap Illahi


Di sini….
Airmataku berjuraian melihat siisteri mengucup
Satu persatu dahi sianak-anak
Nasihatnya pada anak-anaknya
Jadilah lelaki berjiwa nabi…
Jadilah lelaki sebaik nabi …
Jadilah lelaki semulia nabi…
Agar tidak ada wanita menjadi hamba abdi
Pada nafsu serakah seorang lelaki


Disini…
Aku menjadi sebak teramat sebak
Bila kalimah terakhir menjadi noktah pada sebuah kehidupan miliknya.






ANINA BINTI SAHAL
TAMAN KANTAN PERMAI
KAJANG
22HB JUN 2006

No comments: