Monday, September 24, 2007

Kasihanilah anak-anak kecil yang tidak berdaya seperti Adik Nurin...dan yang lain-lainnya.

KASIHANILAH ANAK KECIL YANG TIDAK BERDAYA....SPT ADIK NURIN... Saya amat merasa hiba apabila membaca kisah tragis yang terjadi pada adik Nurin baru-baru ini. Kisahnya amat menyayat hati. Pejam saja mata saya terbayang bagaimana dia melalui hari-hari yang menyeksakan. Memanglah sesiapa yang memperlakukan perbuatan kejam itu umpama binatang yang tidak tahu apa itu perasaan. Binatang yang lain juga mempunyai perasaan kasih dan sayang antara mereka. Atau mereka ini umpama iblis bertopengkan manusia. Sewajarnya mereka yang seperti ini tidak patut hidup lagi dimuka bumi ini. Saya juga rasa sedih dengan tragis yang berlaku terhadap adik Nurul Huda serta adik-adik kecil yang lain yang mengalami kejadian yang sama seperti adik Nurin. Saya rasa mereka ini tidak lagi layak diberi kehidupan lagi. Hukuman yang sewajarnya yang patut kerajaan lakukan adalah mengambil kembali hukum Islam. Kumpulkan para perogol ini di sebuah stadium seperti Stadium Merdeka dan panggil semua para remaja lelaki, para lelaki dewasa dan yang berumur untuk menyaksikan hukuman sebatan yang dijatuhkan keatas perogol tidak kira mangsanya dewasa atau anak kecil. Mungkin dengan hukuman seperti ini dapat menyedarkan betapa sakitnya mereka bila dikenakan hukuman sebatan. Hukuman seperti ini akan membuat mereka merasa gerun dan tidak ada lagi kisah rogol yang tersiar diakhbar...tidak ada lagi kisah anak kecil yang mati akibat dirogol dan diliwat. Anak-anak kecil ini adalah anugerah Allah, anugerah yang teristimewa dan ingatlah betapa susah payahnya ibu itu menanggung mereka sejak dalam perutnya, betapa peritnya mereka bagaikan bersabung nyawa untuk melahirkan mereka dan betapa jerihnya setiap ibu itu untuk menjaga mereka membesar dengan sempurna dan selamat, tetapi manusia ini benar-benar kejam kerana merampas hak setiap ibubapa. Mereka ini benar-benar iblis. Hati ini tetap menangis di atas kehilangan anak-anak kecil yang menjadi mangsa perogol...kasihanilah mereka...mereka insan yang tidak berdaya....mereka juga ingin menikmati hidup ini dengan aman dan bebas tanpa rasa takut. Semenjak kejadian adik Nurin rama ibu bapa mula rasa bimbang diatas keselamatan anak-anak mereka. Dimana hak kebebasan mereka untuk bermain? Kepada pihak berkuasa segeralah menangkap mereka yang berhati iblis ini. Buat keluarga Allahyarhamah Adik Nurin...sabarlah dalam ujian Allah ini. Sesungguh adalah lebih baik dia pergi dari terus hidup menanggung derita...semestinya dia lebih aman bersama PenciptaNya. Saya sedekahkan al-fatihah buat semua adik-adik yang pergi dengan peristiwa yang tragis ini....semoga mereka bahagia berada di syurga Firdaus yang indah.

No comments: