Wednesday, November 7, 2007

Betapa Payahnya untuk meneruskan kehidupan ini....

Ingin mengeluh terasa berdosa pula pada yang Maha Pencipta..yang mengurniakan kehidupan ini yang begitu indah sekali. Memang hidup kita sebenarnya adalah lebih baik dari haiwan yang Tuhan ciptakan. Kita sepatutnya terlalu bersyukur kerana tidak perlu merangkak seperti haiwan untuk mencari makan. Kita patut bersyukur kerana kita dipilih untuk menjadi manusia yang mempunyai tempat tinggal untuk berteduh tidak seperti haiwan yang tidur dimana-mana sahaja asalkan ada bumbung untuk berteduh dari hujan dan panas. Kita seharusnya teramat bersyukur kerana kita berpakaian untuk menyelimuti tubuh kita dari panas dan sejuk dan dari segala kemaluan dan keaiban yang ada pada tubuh kita. Kita sememangnya bersyukur kerana diberi akal fikiran untuk berfikir tetapi kenapa kita tidak menggunakan semuanya itu untuk menikmati kehidupn ini. Kenapa kita seharusnya memilih jalan yang singkat dan terus murung sehingga kita memilih untuk mati saja...kononnya itu jalan yang sebaiknya...tetapi kita silap. Kita seringkali melakukan kesilapan yang jarang kita sedari ....dan kita hanya menyedari apabila kita sudah melakukan kesilapan itu. Kenapa kita tidak jadikan kesilapan itu guru yang sebaiknya. Memang hidup ini akan menjadi sukar dan payah bagi mereka yang tidak menghayati hidup ini. Cubalah kita renung langit yang membiru...apakah kita tidak terasa betapa kecilnya kita ini dibumi Tuhan. Cuba kita bandingkan kehidupan kita dengan binatang yang Tuhan ciptakan apakah kita tidak berasa beruntung kerana kita tidak dijadikan haiwan untuk dimakan oleh haiwan ataupun manusia seumpamanya. Oleh itu kita patut kembali tersenyum ...bangkit dan lemparkanlah senyuman kepada dunia dan katakan pada diri sendiri betapa hidup ini sememangnya indah...terima kasih Tuhan kerana menjadikan aku manusia dan aku akan hadapi apa jua yang datang hanya kerana semuanya ini datangnya dari MU YANG ESA.

No comments: