Friday, November 9, 2007

kepercayaan dalam mengakui wujudnya saka

Ini kisah benar......bukan rekaan atau khayalan...ianya benar-benar terjadi kepada diriku sendiri.
Ianya bermula 20 tahun yang lalu sebelum aku mengahwini suamiku . Ianya berhubung kait dengan suamiku juga. Kalau dulu tiap kali aku ingin berjumpa dengan suamiku ini(tika itu kekasihku) aku akan dapat mimpi dulu...iaitu aku akan diekori oleh seorang yang berpakaian ala ninja hitam dan aku akan gagal berjumpa dengannya dalam mimpiku. Fikirku itu cuma mimpi saja. Tapi tiap kali aku ingin bertemu dengannya mimpi itu akan berulang dan orang yang berkelubung hitam itu juga akan ada bersamanya. Biarlah kerana tika itu aku tidak pernah tahu tentang semuanya itu. Cuma yang aku tahu hanya cinta saja. Lalu kami pun mengikat tali pertunangan dan seterusnya akan berkahwin. Tapi sebelum itu juga aku akan bermimpi juga....iaitu mimpiku didatangi seseorang berpakaian putih dan seorang berpakaian hitam akan berdiri arah bertentangan sambil menyaksikan pertarungan antara ular putih dan hitam bertarung. Akhirnya ular hitam itu kalah dan si lembaga berbaju hitam itu pula bagaikan marah pada ku dan berjanji akan datang kembali. Aku masih tidak mengendahkan mimpiku itu...fikirku mungkin mainan tidur saja. Akhirnya aku berkahwin juga dengan suamiku tanpa ada apa-apa halangan dan rintangan. Tapi sepanjang perkahwinan ku itu aku susah mendapatkan anak...sehingga satu hari itu aku disahkan mengandung itu pun setahun setengah lamanya aku menanti. Aku mendapat baby pun melalui mimpiku...nama dan jantina serta sikap dan kelakuannya semua telah ditunjukkan padaku didalam mimpiku. Aku cuma dapat berjumpa dengan babyku setiap sebulan sekali itupun untuk melepaskan rinduku kerana babyku dijaga oleh sekumpulan perempuan berbaju putih dan kanak-kanak kecil. Cara aku akan melahirkan baby juga turut diberitahu padaku...memang benar...apa yang berlaku dalam mimpi ku terjadi serupa sama sekali. Maka aku menafsirkan bahawa mimpiku selama ini bukanlah mainan tidur.
Tetapi kisah hidupku tidak habis disitu saja..ketika aku sedang tertidur didalam wad bersalin kerana penat melahirkannya aku bagaikan didatangi seorang perempuan tua dan seorang lelaki muda dengan senyum berdiri ditepi katilku. Fikirku tentu suami dan ibu mentuaku tetapi bila ku sedar tiada siapa disisi katilku dan tidak berapa lama kemudian suamiku datang dengan membawa ibunya....aku termenung seketika siapa yang datang menziarahi ku sebentar tadi.
Babyku pula ditahan didalam wad kanak-kanak kerana demam kuning. Sejak peristiwa itu aku sentiasa berada bersama babyku dan satu lagi peristiwa ialah sedang aku tidur bersama babyku didalam wad kanak-kanak aku bagaikan ternampak satu tangan yang keluar dari dinding tempat babyku tidur cuba mengambil babyku dan tidak semena-menanya babyku menjerit bagaikan ketakutan dan aku pun terkejut...puaslah aku membaca surah-surah al-Quran dan sehingga kedengaran azan subuh barulah babyku berhenti menangis.
Genap setahun babyku ini aku tidak didatangi period tetapi perutku mula sakit-sakit. Aku buat ujian mengandung doktor tetap sahkan aku tidak mengandung sehingga satu malam aku bermimpi yang aku sedang tidur...aku didatangi lembaga hitam itu lagi kali ini dia memakan sesuatu dalam perutku dengan rakusnya...aku sendiri melihat usus perutku bagaikan terkeluar, darah membasahi perutku...aku cuba menjerit memanggil suamiku tetapi suamiku sedang nyenyak tidur. Keesokan harinya aku terasa perutku sakit teramat-amat sehingga aku berguling-guling diatas katil. Aku menceritakan semua yang terjadi dalam mimpiku kepada suamiku...dan dia bagaikan tidak mempercayainya. Aku mengajak suamiku untuk keklinik buat pemeriksaan keatas perutku...dan jawapan yang aku terima amat menyedihkan bahawa aku telah pun keguguran dan hanya tinggal secebis daging dan aku perlu buat cucian keatas rahimku. Aku menangis sepanjang hari itu dan aku mula berjanji dan berhati-hati terhadap lembaga itu. Mak dan ayah cuba berubatkan aku tapi saka ini terlalu susah untuk keluar. Puas aku berubat untuk pulihkan keadaan diriku tetapi semuanya gagal. Bertahun-tahun aku sukar mendapat anak. Kadang-kadang saka ini mempermainkan aku ...bila aku disahkan mengandung saja bulan berikutnya kandungan ku tiada ujian air kencing menjadi negatif. Pelikkan...dia akan mempermainkan aku...dan sehingga akhirnya aku malas hendak melayan permainannya lagi. Aku banyakkan sembahyang dan zikir, aku hampirkan diriku pada Tuhan hanya itu saja jalan yang dapat jauhkan aku dari gangguannya. Sehingga kini anakku sudahpun berusia 18 tahun aku masih belum dikurniakan zuriat buat kali kedua. Walaupun hati ini teringin sangat namun aku redha dengan apa yang berlaku...dan kini aku rasa lembaga itu kian jauh dariku. Lembaga itu sebenarnya adalah saka dari keturunan suamiku yang satu ketika dulu datuk moyangnya adalah seorang dukun yang mempunyai harimau belaan dan lembaga putih itu pula adalah dari keturunan ayahku yang mempunyai saudara keturunan buaya putih. Cerita ini bukanlah rekaan dariku sesungguhnya ianya adalah cerita benar yang ingin dikongsi bersama. Harap janganlah kita berputus asa meminta pertolongan dari Allah kerana setiap kejadian adalah datangnya dari Yang Maha Esa itu sendiri....cuma cara kita untuk mengendalikan sama ada mengikut hukum Allah atau hukum syaitan itu saja...fikir-fikirkanlah.