Wednesday, November 7, 2007

CINTA ITU INDAH WALAU MENYAKITKAN

Cinta....semua orang bercinta, adalah satu pembohongan jika tidak ada seorang pun yang pernah jatuh cinta. Setiap manusia yang dilahirkan ini mempunyai cukup sikap dan juga naluri hatinya. Cinta itu memang wujud ia lahir bersama kelahiran kita,cuma kita yang tidak tahu menafsirkannya. Seorang bayi akan jatuh cinta pada ibunya sehingga dia terlalu sukar untuk melonggarkan ikatan pelukan setiap kali ibunya ingin pergi kerja. Seorang remaja akan belajar bercinta tatkala di bangku sekolah, seorang lelaki dewasa akan belajar mencintai tatkala seorang perempuan menghulurkan salam perkenalan, seorang isteri cuba belajar mencintai semula tatkala sisuami hampir mengubah haluan kehidupan, seorang balu seakan cuba menutup pintu cintanya kerana dek sayangkan suami yang telah pun pergi buat selamanya dan seorang nenek akan menerima cinta dari cucu-cucunya kerana begitulah putaran kehidupan manusia yang kadang kala tidak menyedari rasa cinta yang sudah lama bertapak dalam diri. Cinta ini indah walau ia menyakitkan...sakitnya tatkala kita menanggung rindu...tatkala kehidupan kita goyah tatkala masalah kehidupan melanda diri dan cinta juga pengaruh utama untuk menjadikan manusia ini berubah...kerana itu warna cinta selalunya tidak menentu...ia mengikut irama lagu hati kita...mengikut rentak kehidupan kita kerana itu kita perlu menjaga cinta ini agar dia menjadi cinta yang benar-benar sejati.

No comments: