Wednesday, June 17, 2009

COCO DALAM KENANGAN

Coco seekor kuching yang bijak dan tidak pernah buat bising. Dia tidak pernah mengiau jika lapar cuma dia akan duduk di depan pingan makan sambil memandang kearah kami. Badannya yang besar bulunya yang tebal dan putih itu menjadi kuching kesayangan Sufi. Coco seekor kuching yang takutkan petir atau bunyi benda yang kuat dan pelik dia akan lari masuk bawah katil atau almari.
Namun kini semuanya tinggal kenangan kerana dia mati dilanggar oleh kereta suamiku sendiri dipagi hari yang dingin. Pada hari kebiasaannya suamiku sebelum ketempat kerja dia akan memberikan Coco makan dulu tapi pada pagi itu dia terlewat dan terlupa untuk memberikan Coco makan. Dia tidak perasaan yang Coco mengikutnya dari belakang dan duduk dibelakang kereta, kerana sudah terlewat suamiku terus mengundurkan keretanya dengan laju dan tiba-tiba dia terhenti kerana terasa bagaikan telah melanggar sesuatu. Dia keluar dan dia mendapati yang dia telah melanggar Coco hingga kuat sehingga matanya tersembul keluar dan ketika itu aku sedang sembahyang Subuh. Hatiku berderau mendengar panggilan suamiku itu pastinya ada sesuatu yang buruk berlaku, sangka ku Jiji yang kemalangan kerana aku tidak mendengar suaranya mengiau lagi.
Segera aku kebawah dan keluar melihat apa yang berlaku. Oh! Tidak, ingin aku menangis bila melihat sekujur tubuh Coco terbaring didepan pagar rumah. Tidak sampai hati aku melihat tubuhnya yang kaku itu, lantas aku memanggil anak ku dan memaklumkan keadaan Coco padanya. Sufi terduduk melihat tubuh Coco yang tidak bernyawa lagi. Tiada kata yang dapat membayangkan perasaan sedihnya lagi. Cuma yang dapat ku katakan telah tiba masanya dia pergi dalam cara yang kita tidak sangkakan. Dan semenjak hari itu suamiku tidak lagi mengundurkan keretanya secara laju dan tergesa-gesa. Dia akan pastikan tidak ada seekor kuching dibawah keretanya. Dan kerana itu aku tidak lagi mempunyai kuching kesayangan ku setelah kematian Junior, kerana aku sudah rasakan betapa peritnya kehilangan sesuatu yang kita sayang....oleh itu hargailah setiap pemberian dan kehidupan kita dengan rasa bersyukur.
Dan kini yang hanya tinggal adalah Jiji kesepian.

No comments: