Wednesday, June 17, 2009

MEREKA YANG KU SAYANGI


Berkaca mata hitam dan berbaju hitam bagaikan berjanji pula keempat remaja ini. Dan yang paling seronok mengingatinya adalah mereka membesar bersama walaupun dari berbeza pangkatnya.
Dari kanan Sabri dia yang lahir dulu dari ketiga itu. Anak buah yang pertama dalam keluargaku. Aku yang menjaganya semasa kecil ketika kedua orang tuanya bekerja dan mempunyai masalah dalaman. Dan kini usianya menjangkau 23 tahun, bakal menjadi usahawan dan yang paling gembira dia akan berkahwin tak lama lagi dalam usia yang begitu muda kebimbangan juga bermain difikiran ku.....bimbang dia tidak dapat memikul tugasnya sebagai seorang suami namun kalau difikir balik biarlah dia kahwin dari berlaku yang tidak baik....walau apapun keputusannya aku tetap doakan yang terbaik untuknya dan semoga dia bahagia hingga akhir hayatnya.
Di sebelah Sabri adik perempuan ku yang bongsu, nakal dan manja. Dia hanya sempat merasakan kasih sayang ayahku sehingga umurnya tujuh tahun. Masih ku ingat lagi perubahan yang mendadak berlaku dalam hidupnya dan rupanya itulah petandanya dia bersama ayah menghabiskan masanya yang berbaki itu.
Ketika itu usianya baru menjangkau tujuh tahun dan sudahpun bersekolah darjah satu. Pada awal permulaan hari sekolah dia keadaaan baik tetapi di saat pertengahan sekolah adik ku berubah perangai. Dia akan menangis disekolah dan membuat kami terpaksa menunggunya sehingga sesi persekolahan habis .....kalau tidak dia akan lari pulang kerana sekolah itu dekat dengan rumah lebih kurang 100 meter jaraknya. Dia balik dia akan tidur memeluk ayahku. Puas emak memukulnya dan mengantungkan kakinya keatas, kesian sungguh aku tengok keadaannya ketika itu hendak menolong mak terlalu garang.
Dan apabila ayah dan mak pergi menunaikan haji aku yang menjaganya. Keletahnya kadang-kadang menghiburkan. Setelah ayah dan mak ke Mekah dia tidak buat perangai lagi. Dia pergi sekolah elok sahaja dan setelah mendengar berita kematian ayah di Mekah dia sikit pun tidak menangis, katanya Ayah berpesan jika ayah tiada lagi jangan nangis tau....dan semenjak itu dia tidak menangis lagi, kami yang menangis melihatnya. Tapi kini dia dah besar yang dia simpan barangan ayah adalah bantal peluk ayah kini menjadi bantal busuknya. Aku tetap doakan kebahagian adikku yang satu ini dan semoga dia mendapat seorang suami yang menyayanginya sepenuh hati dan tolonglah jangan lukakan hatinya yang kesepian kasih dari seorang lelaki.
Dan yang sebelah adikku itu adalah anakku Sufi. Kini bekerja di hotel bahagian kitchen....bakal menjadi chef yang terkenal dan bercita-cita serta mempunyai impian yang tinggi hendak menjadi seorang chef yang terkenal dan memiliki beberapa rangkain restoran. Mama akan doakan agar Sufi berjaya mencapai cita-cita dan impian itu dan berharap agar jika ingin berkahwin satu hari nanti carilah jodoh yang sesuai dan serasi dalam hidup kalau boleh biarlah dia juga mempunyai impian yang sama.
Dan yang terakhir sekali anak buahku adik kepada Sabri.....yang manja, dan pendiam. Aku pernah menjaga dia semasa kecil kuat menangis dan sering demam. Kini dia menjadi seorang gadis yang pemalu dan mempunyai cita-cita yang tinggi bakal menjadi graduan yang berjaya.
Walauapa pun aku tetap doakan kebahagian mereka yang pernah hadir dalam hidupku dan pernah menceriakan hidupku, keletah mereka semasa kecil masih ku simpan dan ku jadikan kenangan yang terindah. For all of you I wish you good luck and I always love you all....muaahhhh.

No comments: